Pernahkah anda tahu bahawa ayam yang tidak dimasak dengan sempurna dan masih lagi ada kesan darah merah adalah sangat bahaya jika dimakan?
Anda perlu berhati-hati terutamanya dalam hal makanan dan tidak cukup jika hanya sekadar menjaga kebersihan ketika penyediaan makanan sahaja.
Anda perlu memastikan hidangan ayam anda dimasak dengan betul sebelum dihidangkan kepada keluarga.
Mengakibatkan Keracunan
Isi Kandungan
Jika anda atau ahli keluarga anda makan ayam yang tidak dimasak dengan betul atau tidak begitu masak, ianya akan mengakibatkan keracunan makanan yang teruk.
Ini adalah kerana terdapatnya kuman / patogen di dalam daging ayam yang dimasak tidak sempurna. Darah yang terdapat di bahagian ayam yang tidak masak akan menyebabkan kuman / patogen mudah merebak dengan cepat.
Keracunan ini lebih membahayakan anak kecil kerana sistem imuniasasi mereka yang begitu lemah. Ia menyebabkan mereka cirit birit dan muntah tidak berhenti dan dehidrasi dengan teruk.
Walaupun kedengaran remeh, hal ini boleh menyebabkan kematian. Ini adalah kerana kuman ini masuk kedalam saluran darah manusia dan merebak ke seluruh tubuh. Situasi ini dinamakan sebagai “bacteremia”.
Jenis Kuman / Patogen Pada Ayam Tidak Masak
Terdapat 6 jenis kuman atau patogen yang ada pada daging ayam yang tidak dimasak dengan betul seperti :
- Listeria
- Salmonella
- Shigella
- E.Coli
- Vibrio
- Campylobacter
Tanda Ayam Tidak Cukup Masak
- Berbau hanyir
- Berlendir
- Tekstur daging berbeza daripada biasa
- Suhu dibahagian daging yang sejuk
- Kesan darah dibahagian tulang ayam
- Daging ayam berwarna kemerahan
Pastikan anda tidak makan jika mendapati ayam yang dimasak tidak masak dengan betul. Jika sayang untuk dibuang, anda boleh masakkan semula sehingga betul-betul masak. Jika makan di restoren atau kedai makan, minta ditukarkan dengan makan yang baru.
Pilihan anda menentukan kesihatan anda.
Semoga dengan perkongsian ini membantu anda untuk menghindarkan perkara yang tidak diingini dalam kehidupan seharian.
Sumber :
- Dr Ahmad Luqman
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.