Bagaimana Mohon Bantuan Prihatin Nasional Pelajar Universiti Awam & Swasta, RM200 Sekali Bayar Jika Cukup Syarat

0 1,193

Pendahuluan

Pada 27 Mac 2020 lalu, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250
bilion.

Bantuan ini adalah pemberian wang tunai dengan peruntukan hampir RM10 bilion untuk pelbagai golongan termasuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Semoga peruntukan yang akan disalurkan ini dapat memangkin ekonomi dan sara hidup rakyat khususnya dalam menempuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Saya, mewakili Kementerian Pengajian Tinggi ingin mengucapkan terima kasih atas peruntukan dan usaha yang telah dilakukan.

(Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad)

Adakah Golongan IPT Layak Menerima Bantuan?

Ya,jika anda adalah golongan pelajar IPT, anda layak untuk menerima bantuan ini.

student

Jika Pemohon Bujang Berstatus Pelajar Sepenuh Masa, Adakah Layak Menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Tidak. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima
Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.

Berapakah Jumlah Bayaran?

Jumlah bayaran kepada pelajar IPT adalah sebanyak RM200 dan dibayar secara one-off.

Pelajar yang layak untuk menerima bantuan ialah:

  • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti serta Politeknik.
  • Tidak layak kepada pelajar sekolah.

Secara tidak langsung dengan bantuan ini dapat membantu anda untuk membuat rujukan dan kelas secara online dengan mengurangkan beban anda untuk membayar kos internet  sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Bilakah Bayaran Akan Dibuat?

Pelajar IPT akan menerima bayaran pada bulan Mei 2020.

Senarai IPT dan IPTS Yang Layak Bantuan

Sekiranya anda salah seorang pelajar di universiti berikut,anda layak untuk menerima bantuan BPN.

Senarai universiti awam

  1. Universiti Teknologi Malaysia
  2. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  3. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
  4. Universiti Sains Malaysia (USM), Gelugor, Pulau Pinang
  5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
  6. Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor
  7. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor
  8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan
  13. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka
  14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau, Perlis
  15. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan, Pahang
  16. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu
  17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi,Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  18. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkalan Chepa, Kelantan
  19. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus, Terengganu
  20. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor
  21. Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah

iptaSenarai universiti swasta

  1. Universiti Multimedia.
  2. Universiti AIMST (AIMST), Bedong, Kedah
  3. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Shah Alam, Selangor
  4. Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), Alor Setar, Kedah
  5. Universiti HELP (HELP), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  6. Universiti Antarabangsa INTI (INTI IU), Nilai, Negeri Sembilan
  7. Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR), Kelana Jaya, Selangor
  8. Universiti Automotif DRB-HICOM Malaysia (DHU), Pekan, Pahang
  9. Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  10. Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya, Selangor
  11. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak
  12. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzamshah (UniSHAMS)
  13. Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, Selangor
  14. Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam, Selangor
  15. Universiti Perdana (PU), Serdang, Selangor
  16. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  17. Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Petaling Jaya, Selangor
  18. Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, Selangor
  19. Universiti Sunway (SYUC), Subang Jaya, Selangor
  20. Universiti Taylor’s (TAYLOR), Subang Jaya, Selangor
  21. Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  22. Universiti Terbuka Wawasan (WOU), Georgetown, Pulau Pinang
  23. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Cyberjaya, Selangor
  24. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Tronoh, Perak
  25. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang, Selangor
  26. Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), Petaling Jaya, Selangor
  27. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampar, Perak
  28. Universiti UCSI (UCSI), Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  29. Universiti Nilai (NU), Nilai, Negeri Sembilan
  30. Quest International University (QIU), Perak.

ipts

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon?

Buat masa sekarang, belum dapat dipastikan lagi mekanisme permohonan atau pembayaran akan dilakukan kepada pelajar IPT. Seperti sedia maklum,data pelajar anda  melalui Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM100 yang diberikan melalui kad Bank Rakyat telah ada pada pihak kerajaan. Melalui akaun yang sedia ada, kemungkinan bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

Sekiranya ada maklumat terkini, pihak kami akan maklumkan kepada anda cara memohon serta link permohonan yang berkaitan.

ipt

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...