Bagaimana Mohon Kursus Dalam Talian EPSA Bagi Guru & Pentadbir Untuk Cukupkan Jam Kredit

383

Kursus Dalam Talian EPSA

EPSA adalah merupakan akronim kepada E-Pembelajaran Sektor Awam. Ini merupakan langkah meningkatkan profesionalisme pekerja sektor awam, secara pembelajaran atas talian.

Disini dikongsikan tutorial anda untuk mula mendaftar dan mengikuti kursus secara online dengan EPSA untuk mencukupkan jam kredit bagi guru dan pentadbir sekolah.

epsa1

Bilangan Kursus Wajib

Anda diwajibkan untuk memilih sekurang-kurangnya 2 kursus daripada EPSA seperti lampiran dibawah.

kursus epsa

Langkah-Langkah Pendaftaran.

Langkah 1

Buka laman web EPSA E- Pembelajaran Sektor Awam di https://www.epsa.gov.my

epsalog

Langkah 2

Log Masuk dengan menggunakan kad pengenalan anda. Passwordnya boleh rujuk dengan SU LADAP di jabatan masing-masing.

Langkah 3

Tukar password yang mudah untuk anda ingati. Password baharu anda mestilah mengandungi kombinasi huruf, simbol dan nombor untuk password yang lebih kuat. Catat password anda untuk kegunaan akan datang.

Langkah 4

Klik DASHBOARD untuk melihat profil anda. Banyak maklumat yang berkaitan dengan peribadi dan perkembangan terkini kursus online yang anda sedang dan telah ikuti.

Langkah 5

Klik KATALOG KURSUS untuk memilih senarai kursus online yang anda berminat untuk ikuti. Anda boleh lihat pelbagai kursus online telah ditawarkan dengan pelbagai pilihan kategori dan daftar pada kursus yang anda pilih.

katalog kursus1

Langkah 6

Anda sudah boleh mengikuti Ikuti kursus online pilihan anda dan pastikan anda klik semua slide, latihan dan ujian yang ada untuk lulus.

Setelah selesai mengikuti kursus online ini , anda akan diberikan sijil online yang boleh dimuat turun dan dicetak bagi kegunaan peribadi.

Daftar Ke eSPLG

Untuk memastikan kursus online ini turut didaftarkan dalam SPLG anda, kursus 7 hari setahun tersebut, jangan lupa untuk daftar sendiri ke eSPLG. Kemudian maklumkan kepada SU LADAP, untuk pengesahan kursus tersebut. Berikan satu salinan kepada SU LADAP sebagai bukti dan rekod yang akan disimpan oleh pihak sekolah.

Jadi cikgu-cikgu dan pentadbir bolehlah mendaftar dan berkursus secara online untuk memastikan jam kredit yang diperlukan cukup bagi tahun 2020 ini.

Diharap dengan perkongsian ini membantu cikgu-cikgu untuk mendaftar dan berkusus dengan gembira sepanjang PKP ini.

cikgu kursus

Sumber :

  • EPSA
  • tcer.my
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...