Bantuan Internet RM100 Setiap Pelajar Sekolah. Semak Cara Mohon Disini

1,301

Pelajar sekolah juga bakal menerima Bantuan Internet RM100 untuk membantu para pelajar yang berkelayakan menerusi salah satu daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) negeri Perak.

Penerima Bantuan Internet RM100 ini disasarkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2020.

Selain daripada itu, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 juga layak untuk menerima bantuan RM100 iaitu Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM seperti yang dikongsikan disini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN INTERNET RM100

Syarat kelayakan bagi Bantuan Internet RM100 ialah:

  • Calon Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020
  • Calon Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020
  • Calon Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020

CARA PERMOHONAN BANTUAN INTERNET RM100

Untuk memohon Bantuan Internet RM100 ia terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

  • Calon pelajar sekolah / institusi Perak: Tidak perlu memohon kerana Bantuan Internet RM100 disalurkan secara automatik melalui PIBG sekolah masing-masing.
  • Calon persendirian: Perlu membuat permohonan Pejabat Kewangan Negeri Perak terlebih dahulu.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BAGI CALON PERSENDIRIAN BANTUAN INTERNET RM100

Antara dokumen sokongan permohonan calon persendirian Bantuan Intenet RM100 ialah:

  • Salinan dokumen yang menyatakan pemohon adalah calon persendirian peperiksaan SPM, STPM dan STAM di negeri Perak pada tahun 2020
  • Salinan Kad Pengenalan pelajar
  • Salinan Akaun Bank (yang menyatakan nama pemilik amaun)

TARIKH HANTAR PERMOHONAN BANTUAN INTERNET RM100

Permohonan yang lengkap perlu dihantar sebelum atau pada 15 Januari 2021.

Bantuan Internet RM100 Setiap Pelajar Sekolah. Semak Cara Mohon Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Internet RM100, anda boleh terus menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di:

  • 05 2095083 / 5024 / 5027 / 5822 / 5829
  • Pejabat Kewangan Negeri Perak,
    Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000,Ipoh,Perak
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...