Bantuan Sehingga RM500,000 Jika Hilang Upaya, Mati Akibat Vaksin Covid-19

231

Mungkin masih ramai antara kita yang takut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana mendengar pelbagai reaksi mereka yang telah menerima suntikan vaksin yang sebelum ini.

Namun, anda semua tidak perlu rasa takut atau was-was untuk menerima vaksin lagi kerana pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan sehingga RM500,000 sebagai bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19.

Bagi anda yang mempunyai tanggungan atau ibu bapa yang sudah tua boleh membuat pendaftaran untuk menerima vaksinasi hanya melalui aplikasi MySejahtera sahaja untuk memastikan warga emas tidak terlepas peluang untuk menerima vaksin Covid-19 seperti orang lain.

Rujuk: Ini Caranya Daftarkan Ibu Bapa Untuk Vaksin Melalui Apliksi MySejahtera

RM500,000 BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT COVID-19

Bantuan RM500,000 ini akan diberikan kepada:

  • Rakyat tempatan
  • Warga asing

2 golongan ini akan menerima bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19 sekiranya:

  • Hilang upaya kekal
  • Kematian

Mereka yang hilang upaya kekal atau kematian akan menerima bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19 adalah disebabkan suntikan vaksin Covid-19.

RM50,000 BANTUAN KESAN SAMPINGAN SERIUS

Selain daripada bantuan RM500,000, kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak:

  • RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin Covid-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.

Sebagai permulaan kerajaan menyediakan dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Bantuan kewangan ini adalah satu langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlakunya kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin Covid-19.

Bantuan ini akan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga berkemungkinan terjejas akibat kesan daripada pengambilan vaksin ini nanti.

3 JAWATANKUASA PERINGKAT KEMENTERIAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan tiga jawatankuasa di peringkat kementerian bagi memantau dan menilai kesan mudaratnya susulan imunisasi dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin Covid-19.

3 jawatankuasa tersebut ialah:

1. Jawatankuasa Farmakovigilans Khas bagi Pemantauan Vaksin Covid-19

  • Memantau dan menilai kesan mudarat susulan imunisasi (AEFI) dan isu keselamatan yang berkaitan dengan vaksin.

2. Jawatankuasa Teknikal Perubatan

  • Menentukan sama ada kes permohonan bantuan khas kewangan mempunyai hubung kait (causal relationship) dengan vaksin Covid-19. Penilaian akan dibuat secara case to case basis berdasarkan bukti yang diterima dan laporan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Bagi Pemantauan Vaksin Covid-19.

3. Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19

  • Memberi kelulusan bantuan khas kewangan berdasarkan keputusan kedua-dua jawatankuasa.

CARA BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT VAKSIN COVID-19

Bantuan kewangan akan diberikan kepada penerima vaksin terkesan setelah dinilai oleh tiga jawatankuasa yang diatas.

Bayaran akan dibuat oleh Nadma kepada penerima vaksin yang terkesan.

CARA DAFTAR VAKSINASI COVID-19 MYSEJAHTERA

Langkah-langkah mendaftar adalah seperti berikut:

  • Update aplikasi MySejahtera dan klik COVID-19 VACCINATION.

Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

  • Seterusnya klik VACCINE FOR..
  • Sahkan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda.
  • Klik EDIT dan sahkan maklumat anda dengan klik CONFIRM untuk pengesahan maklumat.

Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

  • Kemudian klik OK. Untuk tambahan maklumat, klik CLICK HERE sebelum klik CLOSE.

Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

Rujuk: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...