Permohonan Bantuan Kewangan Untuk Sambung Belajar Melalui Skim Bantuan Awal IPT WP di Buka

0

Terdapat pelbagai skim bantuan awal kewangan buat anda yang ingin menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tingi (IPT) yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Hal ini demi meringankan beban anda dalam membiaya kos pengajian di IPT.

Contoh Skim Bantuan Awal IPT yang ditawarkan adalah seperti Bantuan Kewangan Kerajaan Negeri yang ditawarkan di setiap negeri. Seterusnya, contoh lain ialah Skim Bantuan IPT yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Skim Bantuan Awal Kewangan ini adalah untuk meringankan beban anda dalam membayar kos kemasukan IPT. Bagi golongan perpendapatan rendah, anda bolehlah memohon skim bantuan awal ini.

SKIM BANTUAN AWAL IPT WILAYAH PERSEKUTUAN

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan tawaran permohonan Skim Bantuan Awal IPT Wilayah Persekutuan dibuka. Skim ini khas buat warga Wilayah Persekutuan yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat IPT.

skim bantuan wp 4

Skim Bantuan Awal IPT Wilayah Persekutuan ini ditawarkan untuk penduduk Wilayah Persekutuan yang berpendapatan rendah serta telah berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta.

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN

Sebelum anda mengemukakan permohonan, pastikan anda memenuhi setiap satu syarat-syarat kelayakan untuk memohon. Berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang perlu anda penuhi sebelum anda mengemukakan permohonan.

  • Anda mestilah warganegara Malaysia.
  • Anda mestilah lahir di Wilayah Persekutuan atau menetap di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan) serta ibu dan bapa anda mestilah merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita keluarga mestilah tidak melebihi RM1,000 setiap bulan. Sila rujuk cara pengiraan pendapatan perkapita keluarga di bawah:
    skim wp 1
  • Pemohon yang sedang menuntut di semester pertama tahun satu sahaja yang layak untuk memohon.
  • Bidang kursus pengajian adalah bagi Peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran sepenuh masa sahaja.

LAMPIRAN YANG PERLU DISERTAKAN KETIKA MEMOHON

Berikut merupakan senarai lampiran-lampiran lain yang perlu anda sertakan ketika anda ingin mengemukakan permohonan. Jangan sesekali terlupa lampiran-lampiran dalam senarai ini apabila anda membuat permohonan skim bantuan awal ini.

  • Surat-beranak
  • Kad Pengenalan sama ada kad pengenalan pemohon atau penjaga.
  • Penyata gaji atau slip pencen terbaru ibu bapa atau penjaga serta surat akauan bersumpah kepada yang bekerja sendiri atau yang tidak bekerja.
  • Gambar terbaru dan terkini pemohon berukuran passport.
  • Surat tawaran kemasukan ke IPT.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

Bagi anda yang berminat untuk memohon Skim Bantuan Awal 2018 Wilayah Persekutuan ini, anda bolehlah mengemukakan permohonan.

Permohonan anda boleh dibuat dengan cara memuat turun borang permohonan. Klik link di bawah:

skim bantuan wp 2

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN SKIM BANTUAN AWAL IPT WILAYAH PERSEKUTUAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan skim bantuan awal IPT Wilayah Persekutuan ini, anda boleh rujuk laman web rasmi Yayasan Wilayah Persekutuan. Anda boleh klik link di bawah untuk layari laman web tersebut.

skim bantuan awal wp3

Berikut merupakan maklumat-maklumat lain berkaitan Yayasan Wilayah Persekutuan yang perlu anda tahu.

  • Tel. : 03-26983073
  • Faks: 03-26983075
  • Alamat: YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN, Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampung Bharu, 50300 Kuala Lumpur.

Untuk anda warga Wilayah Persekutuan yang mendapat tawaran menyambung pengajian ke IPT dan telah memenuhi syarat-syarat kelayakan memohon Skim Bantuan Awal IPT Wilayah Persekutuan ini, mohonlah segera. Skim bantuan ini akan dapat mengurangkan beban anda dalam membayar kos kemasukan IPT. Kami doakan kejayaan permohonan anda.

Comments
Loading...