Insentif RM5,000 Secara One-Off Untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

430

Anak-anak istimewa yang menetap di Selangor layak untuk membuat permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) sehingga RM5,000 maksimum bagi satu keluarga.

Baca juga: 4 Inisiatif Utama Pakej Kita Selangor Bakal Di Manfaatkan Orang Ramai Sepanjang PKP

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Tarikh permohonan untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) ialah:

  • 15 Februari 2021

Tarikh akhir permohonan pula adalah:

  • 15 April 2021

Tarikh akhir hantar dokumen:

  • 20 April 2021

JENIS BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Terdapat 4 jenis bantuan yang diberikan melalui Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) iaitu:

  1. Makanan / keperluan tambahan (Berdasarkan preskripsi doktor sahaja)
  2. Pembelian / pembaikian peralatan  / mesin (Berdasarkan preskripsi doktor sahaja)
  3. Ubat-ubatan (Berdasarkan preskripsi doktor sahaja)
  4. Pendidikan (Terapi / Kelas Khas untuk anak OKU subsidi kos yuran)

SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Syarat dan kelayakan untuk permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) ialah:

  • Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  • Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor
  • Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
  • Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
  • Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Cara permohonan untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) ialah:

Insentif RM5,000 Secara One-Off Untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN PEMOHON dan NOMBOR KAD PENGENALAN ANAK seterusnya klik MASUK.
  • Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  • Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
  • Permohonan boleh dihantar kepada :
    i. Emel [email protected]
    ii. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
    iii. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

Insentif RM5,000 Secara One-Off Untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan.
  • Salinan Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan anak istimewa
  • Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  • Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
  • Salinan Semakan daftar Pemilih SPR: https://pengundi.spr.gov.my

Baca juga: Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Sebulan. Mohon Segera

CARA SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)

Untuk membuat semakan permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS), anda hanya:

Insentif RM5,000 Secara One-Off Untuk Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS), sila hubungi YAWAS di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...