Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan One-Off RM500 Kepada Peniaga Dan Penjaja Kecil Negeri Perak

3,133

Para peniaga dan penjaja kecil serta usahawan mikro di negeri Perak bakal menikmati peruntukan khas bantuan yang berada di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 berjumlah RM9 juta.

Menururt Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, bantuan yang disalurkan ini adalah berikutan keprihatinan kerajaan terhadap peniaga dan penjaja kecil berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

JENIS INISIATIF YANG DISALURKAN KEPADA PENIAGA DAN PENJAJA KECIL NEGERI PERAK

Antara inisiatif yang disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa 4 ini adalah:

  • Pengecualian sewaan gerai makan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh sebulan (November 2020).
  • Bantuan one-off kepada peniaga dan penjaja kecil sebanyak RM500.
  • Tambahan peruntukan untuk Geran Prihatin Usahawan (GeRUP).

Inisiatif ini memberi manfaat kepada 10,335 peniaga dan penjaja kecil negeri Perak di kesemua 15 PBT seluruh negeri dengan peruntukan sebanyak RM1.63 juta.

Manakala bantuan one-off RM500 adalah yang kali kedua kepada peniaga dan penjaja kecil negeri Perak selepas kerajaan negeri menyalurkan bantuan tunai RM500 dalam PRE Fasa 2 sebelum ini.

Bagi membantu lebih ramai usahawan mikro yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 ini, kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP).

“Sebelum ini, di bawah PRE Fasa 2, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membantu usahawan mikro untuk terus kekal berdaya saing.”

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Bantuan One-Off RM500 Kepada Peniaga Dan Penjaja Kecil Negeri Perak

INFO RINGKAS GERAN PRIHATIN USAHAWAN PERAK (GeRUP)

Antara perbelanjaan yang layak dibiayai melalui bantuan ini adalah:

  • Kos pemasaran
  • Kos pembelian bahan mentah
  • Pembayaran gaji pekerja
  • Sewa premis perniagaan
  • Pembelian peralatan

Mana-mana PKS yang menghadapi kekangan dalam membuat permohonan secara dalam talian perlu meminta bantuan daripada 24 agensi pembimbing yang telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Antara agensi yang dilantik adalah:

  • SME Corporation Malaysia (SME Corp)
  • Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
  • Yayasan Perak
  • Jabatan Pertanian Negeri Perak,
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Tekun Nasional (TEKUN)
  • PKNP

Syarat utama untuk memohon adalah syarikat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah beroperasi sebelum 1 Jan lepas, jumlah jualan tahunan kurang daripada RM300,000 atau jumlah pekerja kurang daripada lima orang serta tidak pernah menerima Geran Khas Prihatin daripada kerajaan Persekutuan.

Bantuan One-Off RM500 Kepada Peniaga Dan Penjaja Kecil Negeri Perak

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...