Bantuan RM500 Untuk Pemandu e-Hailing, Pemandu Teksi, Bas & Pemandu Pelancong

657

Melalui Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) lepas, prihatin dengan nasib rakyat yang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), Perdana Menteri mengumumkan untuk memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu e-hailing, pemandu teksi dan bas serta pemandu pelancong.

Bantuan ini bakal dimanfaatkan oleh 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing dengan peruntukan tambahan sebanyak 66 juta ringgit.

Malah, para peniaga kecil dan sederhana juga diberikan bantuan melalui GKP Tambahan sebanyak RM1,000 sekiranya negeri tersebut diisytiharkan PKP dan RM500 bagi negeri lain.

GOLONGAN SASARAN BANTUAN RM500

Bantuan sebanyak RM500 ini akan dimanfaatkan oleh golongan berikut:

  • Pemandu pelancong
  • Pemandu teksi
  • Pemandu bas sekolah
  • Pemandu bas persiaran
  • Pemandu kereta sewa
  • Pemandu e-hailingBantuan RM500 Untuk Pemandu e-Hailing, Pemandu Teksi, Bas & Pemandu Pelancong

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN RM500

Setiap penerima bantuan ini akan menerima bantuan sebanyak RM500 secara sekali bayaran / one-off sahaja.

PENGECUALIAN DUTI EKSAIS & CUKAI JUALAN

Kerajaan juga turut memberikan pengecualian dua cukai berikut iaitu:

  • Duti eksais
  • Cukai jualan

Kedua-dua pengecualian cukai ini adalah bagi tujuan:

  • Pindah milik
  • Pelupusan
  • Kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.

Syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun, mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

Bantuan RM500 Untuk Pemandu e-Hailing, Pemandu Teksi, Bas & Pemandu Pelancong

INISIATIF PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI)

Antara inisiatif lain yang disediakan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang memberi pelbagai manfaat kepada semua rakyat ialah:

1. iSinar: Bayaran Interim RM1,000 Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari

  • Pemohon iSinar Kategori 2 akan menerima bayaran RM1,000 pendahuluan bagi sepanjang tempoh permohonan diproses

2. PERMAI: Program Bakul Makanan JKM RM100 Untuk Setiap Isi Rumah

  • Program Bakul Makanan oleh JKM merangkumii barang makanan keperluan yang bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

3. Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

  • Bagi memudahkan pembelajaran pelajar calon SPM, STPM dan Pelajar IPT, syarikat komunikasi memberikan pakej internet berbaloi sebanyak RM20 sebulan kepada pelajar dan data internet 1GB kepada orang ramai.

4. PERMAI: Lanjutan Diskaun Bil & Rebat Elektrik Sehingga 10% Selama 6 Bulan

  • TNB memberikan diskaun khas bil elektrik kepada usahawan dan rebat elektrik kepada semua sektor termasuk bukan domestik mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2021.

5. Penjadualan Semula & Lanjutan Tempoh Moratorium Pinjaman MARA & Sewaan Premis MARA

  • Para peminjam pelajaran dan perniagaan MARA boleh membuat penjadualan semula dan mohon lanjutan tempoh moratorium serta sewaan premis MARA sehingga 31 Mac 2021.

CARA PERMOHONAN

Untuk permohonan, kelulusan adalah secara automatik dan rujuk:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...