Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Interviewer Sebenarnya Tahu Yang Anda Menipu Masa Menjawab 3 Soalan Ini

0 18,037

Susunan butiran dalam resume dah cantik, padat dengan segala info berguna dan bernas sehingga majikan begitu tertarik dengan segala isi kandungan yang anda lampirkan dari segi pengalaman kerja ataupun pencapaian penglibatan sewaktu di kolej dulu.

Tapi itu sahaja tak cukup untuk menambat hati majikan sepenuhnya, ini kerana waktu interview lah penemuduga bakal menilai siapa diri anda yang sebenar.

Kadang kala calon lebih suka menekankan “first impression” terbaik kepada bakal majikan dan mengabaikan persediaan moral yang pastinya memainkan peranan penting sepanjang waktu interview berlangsung nanti.

Akibatnya mulalah calon menipu dalam memberikan jawapan bagi setiap soalan yang diajukan penemuduga.

CALON SELALU MENIPU DALAM TEMUDUGA

Ramai calon yang gagal meraih kepercayaan majikan sewaktu temuduga walaupun mereka mempunyai karisma yang tinggi hanya kerana satu sebab sahaja iaitu tidak berlaku jujur!

Perkara ini terjadi mungkin disebabkan calon terlalu gugup sampai tergamam untuk menjawab soalan-soalan ‘tricky’ yang diajukan, lebih-lebih lagi bila ditanya soalan yang mendorong anda untuk berkata sesuatu perkara yang negatif, jadi anda mengambil jalan mudah dengan memutar belitkan cerita sampai menjejas reputasi korang terhadap majikan.

Kadang kala penemuduga sengaja bertanya soalan “menjerat” bertujuan untuk menguji cara calon memberikan jawapan. Jawapan anda bakal menentukan personaliti anda nanti.

Jadi pastikan anda berhati-hati dalam memberikan lontaran jawapan sekiranya penemuduga menyoal anda dengan soalan tricky seperti di bawah.

1. “Why Did You Quit Your Last Job?”

Kami yakin bahawa kebanyakkan calon yang berhenti kerja kerana mempunyai masalah politik atau krisis di tempat kerja lama, jangan beri jawapan lain yang menampakkan korang ini seorang yang tak komited dalam kerja.

Contohnya;

“saya bosan dengan kerja lama, dan mahu cuba sesuatu yang baharu”

Jangan sesekali memberikan jawapan seperti diatas. Ini kerana majikan akan anggap bahawa anda tidak akan bertahan lama di syarikat mereka sekiranya anda diambil bekerja.

Sebaliknya, jawab dengan jujur tapi dengan cara yang lebih profesional seperti dibawah;

“I was having difficulty in terms of working environment, so i took a break in term of my EQ (Emotional Quotient), now that I am here today and I am able to handle this situation and handle new challenge”.

2. “Why Are You Jobless For So Long?”

Dalam hal ini, majikan mula pertikaikan kenapa korang bazirkan masa terlalu lama tidak bekerja, dengan kekangan peluang pekerjaan yang agak terhad amat sukar untuk korang pastikan tawaran kerja itu sesuai atau tidak sehinggalah korang menemuinya. Memanglah korang perlu jujur tapi janganlah sampai ‘jujur’ sangat sehingga menampakkan korang ini pemalas atau terlalu memilih pekerjaan.

Contohnya;

Saya ingin berehat terlebih dahulu selepas graduate, dan sekarang saya dah bersedia untuk bekerja.

Berikan jawapan yang membina serta menampakkan korang ini seorang yang berkarisma tinggi seperti ini;

“I am someone who doesn’t work and resign just because I am think that I am not suitable for this job. I am someone who wants to work, for a long time. So, During this period I did some research, I asked around and I think I found the position that I’m looking for that’s why I’m here today”

Oh ya! Jangan sesekali campurkan masalah peribadi masa temuduga!

3. “How Much Is Your Previous Salary”

Ini perkara yang sensitif! Kebanyakkan calon cuba mengambil kesempatan terhadap peluang tersebut hingga sanggup menipu majikan bagi memperoleh gaji yang tinggi. Apa yang calon tidak tahu ialah majikan dengan mudah boleh tahu gaji asal anda melalui KWSP, SOCSO sekiranya semakan dilakukan.

Saat inilah korang boleh gunakan segala skill kemahiran, dan pencapaian yang korang perolehi untuk meraih kepercayaan majikan untuk berikan gaji lebih daripada kerja lama,dah tukar kerja baru, rate gaji pun mesti lah kena baru kan? Betul tak?

Jadi, jangan sesekali nak ‘klentong’ majikan sewaktu interview! Sebagai orang yang dah banyak pengalaman, mereka sudah banyak pengalaman dalam menilai calon-calon temuduga ini. Ada yang dah boleh ramalkan jawapan yang korang akan beri, namuan mereka ingin melihat cara penyampaian korang sahaja, sebab cara kita berkomunikasi mencerminkan siapa diri kita yang sebenarnya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...