Info

RFID Problem! Mana Nak Dapatkan Baucar Pemeriksaan RFID Secara Percuma?

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

27 January 2022
2 min baca
Isi Kandungan

Tak habis-habis isu tentang masalah mengenai RFID walaupun PLUS telah cuba memberikan jalan penyelesaian yang terbaik kepada semua pengguna lebuhraya.

Namun, apa yang perlu dilakukan sekiranya RFID berterusan mempunyai masalah sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas si lorong tol susur keluar?

Bagi pengguna RFID dan lebuh raya PLUS, sekiranya RFID anda bermasalah dan memerlukan pemeriksaan, ini adalah inisiatif daripada PLUS untuk anda.

PEMBELIAN RFID

Mungkin ada lagi pengguna lebuh raya PLUS yang belum memasang RFID pada kenderaan masing-masing.

Sekiranya anda ingin membuat pembelian RFID seterusnya memasang stiker tersebut pada kenderaan masing-masing, anda boleh membuat pembelian seperti berikut:

6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

Rujuk: 6 Cara Mudah Daftar Online & Aktifkan RFID. Pasang Sendiri Je!

CARA DAPATKAN BAUCAR PEMERIKSAAN RFID PERCUMA

Pemilik kenderaan yang mana tag RFID mengalami masalah pengesanan di tol susur keluar PLUS, cara untuk dapatkan baucar pemeriksaan tqg RFID secara percuma adalah:

  • Pemilik akan diberi kupon Touch ‘n Go oleh Pembantu Khidmat Pelanggan PLUS dan boleh terus menuju ke pusat Pusat Pemasangan Tag RFID Touch ‘n Go yang terdekat untuk pemeriksaan selanjutnya. (https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres)
  • Jika tag didapati rosak, pihak Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID tersebut secara PERCUMA (mengikut kepada syarat dan terma).

RFID Problem! Mana Nak Dapatkan Baucar Pemeriksaan RFID Secara Percuma?

Kemudian, jangan lupa untuk kongsikan pandangan anda mengenai RFID. Kalau ada apa-apa penambahbaikan, berikan sahaja melalui pautan berikut: https://www.surveymonkey.com/r/Q6YWLLJ

RFID Problem! Mana Nak Dapatkan Baucar Pemeriksaan RFID Secara Percuma?

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.