Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Update: 9 Januari 2021 Bayaran Pertama iSinar Bagi Permohonan Yang Diluluskan

12,425

Siapa disini yang ada memohon pengeluaran wang iSinar KWSP? Jika ada, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa pembayaran pertama bagi permohonan yang berjaya adalah pada 11 Januari 2021.

Untuk pengetahuan anda juga, tarikh untuk membuat semakan status permohonan i-Sinar adalah pada 4 Januari 2021.

Bagi anda yang masih lagi belum membuat permohonan, anda boleh terus membuat permohonan mulai sekarang selama 6 bulan seperti yang dinyatakan disini.

TARIKH PEMBAYARAN PERTAMA i-SINAR

  • 9 Januari 2021

2 KATEGORI PEMOHON YANG LAYAK MEMOHON

KATEGORI 1

Kategori 1 ini ialah :

  • Mereka yang bekerja di sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • Sudah lama tidak mencarum
  • Hilang pekerjaan
  • Suri rumah atau
  • Diberi notis cuti tanpa gaji

KATEGORI 2

Kategori 2 pula ialah:

  • Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
  • Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Dapatkan info selanjutnya disini.

CARA MOHON PENGELUARAN i-SINAR KWSP SECARA ONLINE

11 Januari 2021 Bayaran Pertama iSinar Bagi Permohonan Yang Diluluskan

Dapatkan cara permohonan iSinar seperti yang dikongsikan disini.

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...