Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pelajar Bujang Separuh Masa, Adakah Layak Mohon BPN Bujang? Baca Ini

3,163

Pelajar Dapat Bantuan BPN

Pelajar juga tidak ketinggalan mendapat bantuan yang telah diumumkan oleh kerajaan. Ianya meliputi pelajar IPTA dan IPTS yang belajar secara sepenuh masa.

Bayaran sebanyak RM200 dan dibayar secara one off akan dimulakan pembayarannya pada bulan Mei ini.

Manakala bagi pelajar separuh masa pula, mereka perlu memohon dan akan mendapat bantuan yang sama seperti orang bujang yang lain.

student

Kelayakan BPN Pelajar Separuh Masa

Kelayakan bagi pelajar separuh masa adalah sama seperti pemohon daripada golongan bujang B40 dan M40.

Anda boleh semak kelayakan seperti di bawah.

Kategori B40

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020.
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas).
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
  • Bantuan sebanyak RM800

Kategori M40

  • Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian.
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas.
  • Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
    Pendapatan (BNCP).
  • Bantuan sebanyak RM500

ipt

Walaubagaimanapun, kelulusan bantuan ini tertakluk kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk meluluskannya.

Situasi Bersama MyGCC

Cuba kita lihat situasi Zetty anak Pak Mail yang merupakan pelajar separuh masa di universiti. Adakah Zetty layak untuk memohon BPN bagi kategori bujang atau layak bantuan pelajar sahaja?

bantuanpljr

Jadi anda telah mendapat jawapannya. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat buat anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan permohonan dan semakan BPN, anda boleh terus klik link di bawah :

Sumber : LHDN & Kementerian Kewangan Malaysia

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...