Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Baiki Cermin Kereta Retak Dengan Mudah. Guna Modal RM10 Dari Shopee atau Mr DIY Jer

3,389

Cermin Kereta Retak

Ketika leka memandu sepanjang lebuhraya tiba-tiba cermin hadapan kereta anda terkena batu daripada lori dihadapan. Nasib baik tidak teruk retaknya.

Kalau begitu, anda boleh tarik nafas lega kerana anda tidak perlu membazirkan wang untuk menukar cermin hadapan kereta anda. Masih lagi boleh dibaiki.

Nak tahu tak, anda boleh baiki sendiri cermin kereta yang retak tanpa perlu ke kedai.

RM10 Dah Boleh Baiki

Anda hanya perlu ke kedai Mr DIY atau order melalui Shopee produk Windshield Repair Kit ini dengan harga RM10 sahaja.

windshield repair kit

Cara Membaiki

Berikut cara-cara untuk membaiki cermin kereta anda yang retak.

  • Lap cermin kereta

lap cermin

  • Letakkan alat tersebut di atas cermin yang retak, ambil mini pam, pusing untuk pastikan ia lekap kuat.

letak pam

lekat dicermin

  • Letak gam pada corong yang disediakan untuk gam masuk dalam rekahan. Kemudian cabut alat tadi.

gam

cucuk pam

  • Anda akan dapati kesan retak pada cermin akan berkurang.

rekahan kurang

  • Tuang baki gam pada bahagian cermin yang retak kemudian letak plastik yang disertakan di dalam kit. Gosok plastik ketika memasang untuk membuang gelembung udara.

baki gam

letak plastik

buang gelembong

  • Jemur di tempat panas sehingga kering.
  • Cabut plastik dan kikis gam menggunakan pisau yang diberi.

cabut plastik

kikis

  • Siap.

siap

Wow! Retak pun hilang, duit pun jimat.

Selamat mencuba.

Sumber :

  • Berani Buat
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...