Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Buat Kesalahan Berikut & di Kompaun RM1000 Kerana Ingkar PKP? Ini Cara Bayar Kompaun Anda Kalau Tak Nak Kena Dakwa Di Mahkamah

7,507

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Dalam usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 terus merebak, pihak kerajaan meminta usaha seluruh rakyat malaysia memberikan kerjasama kepada semua pihak dengan menurut arahan sepanjang PKP ini dilaksanakan.

Ianya dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 Mac-31 Mac dan fasa kedua bermula 1 April – 14 April 2020.

Namun ada segelintir daripada kalangan kita yang masih lagi ingkar dengan arahan ini dan ada tidak mengetahui apakah antara senarai larangan sepanjang tempoh PKP ini.

roadblock

Senarai Larangan Tempoh PKP

Berikut adalah antara senarai larangan yang telah ditetapkan untuk panduan anda.

  • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam untuk penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
  • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
  • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  • Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
  • Penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPT) serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan
  • Larangan rentas negeri.
  • Menaiki kenderaan lebih dari satu orang.

PKP2-1

Penguatkuasaan Kompaun

PDRM telah menguatkuasakan kompaun sebanyak RM1000 bermula 8 April 2020. Untuk pengeluaran kompaun kepada pesalah PKP  akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan.

Jika anda didapati ingkar PKP, anda akan  dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran kompaun perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan. Jika anda enggan atau gagal membayar kompaun, anda boleh meminta untuk dibicarakan di mahkamah.

Tempoh Pembayaran

Anda diberi tempoh selama 2 minggu selepas tarikh kompaun dikeluarkan untuk selesaikan pembayaran kompaun.

Cara  Dan Tempat Bayar Kompaun

Jika anda di dapati bersalah melanggar arahan PKP dan anda perlu membayar kompaun, anda dikehendaki membayar kompaun tersebut di Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

kompaun

Rancang Pergerakan Dan Perjalanan Anda

Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya mengikut arahan dan merancang perjalanan anda untuk mengelakkan anda dikenakan kompaun sekiranya didapati anda melanggar arahan PKP.

Sumber :

  • Berita Harian
  • Harian Metro
  • PDRM
  • Kementerian Dalam Negeri
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...