Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tak Perlu Sampai Basuh, Rendam Sabun Barang Dapur Baru Beli. Ini Cara Betul Urus Barang Baru Beli

0 2,014

Pengenalan

Virus Covid-19 merupakan virus yang paling ditakuti oleh manusia seluruh dunia kini kerana ianya adalah pembunuh senyap. Ia ibarat musuh yang perlu diperangi tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Oleh hal demikian,ia menjadikan sesetengah manusia paranoid dengan penjagaan sanitasi atau kebersihan terutamanya selepas membeli barang daripada luar semenjak virus ini menular dengan begitu cepat.

Berapa lama Covid-19 bertahan

Virus ini dapat bertahan di beberapa permukaan seperti udara sehingga 3 jam dan di permukaan lain sehingga 2 hingga hari.

Ianya menimbulkan keresahan terutamanya selepas pergi membeli barangan keperluan harian  terutamanya yang melibatkan penggunaan plastik.

Anda lihat gambar di bawah bahwa virus ini boleh bertahan pada permukaan plastik selama 2-3 hari. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan virus ini tidak melekat pada anda?

covid bertahan

Sumber : Buletin TV3

Cara urus barang yang baru dibeli

Cara untuk urusnya adalah mudah. Tapi sebelum itu anda perlu memahami bagaimana virus ini boleh berjangkit.

Ianya mudah berjangkit melalui sentuhan,air liur dan tangan yang mempunyai virus yang kemudiannya menyentuh mata,mulut dan hidung.

Ketika anda membuat pembelian di kedai atau pasaraya dan ketika pulang,anda boleh mengikut langkah ini untuk mengelakkan jangkitan virus:

  1. Memakai hand sanitizer sebelum memegang troli atau bakul
  2. Jarak 1 meter dengan orang lain
  3. Memakai topeng hidung ketika keluar
  4. Selepas selesai membeli dan sampai di rumah,letakkan dahulu barang di luar rumah
  5. Cuci tangan dan bersihkan diri serta pakaian anda

Berikut adalah cara untuk uruskan barang yang baru dibeli:

  1. Terus mencuci tangan dan pakaian selepas balik dari membeli barang.
  2. Tidak perlu mencuci barang makanan dengan sabun seperti sayur,ikan,ayam mentah atau daging selepas membeli. (dikhuatiri bertukar menjadi bahan yang tercemar).

Ini adalah kerana risiko jangkitan virus melalui barang adalah  lebih rendah berbanding melalui manusia.

Anda boleh rujuk gambar di bawah 6 langkah mencuci tangan dengan betul.

cucitangan

Perkara yang penting di sini anda hanya perlu menjaga kebersihan diri sebelum,semasa dan selepas pulang daripada membeli barang dapur anda serta kerap mencuci tangan dengan sabun serta terus ikut langkah-langkah menjaga kebersihan yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...