Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buka Akaun Maybank Yippie Untuk Anak-Anak. Simpan Sini, Dividen Pun Tinggi

9,491

Jika ana ingin membuka akaun bank buat anak-anak, adalah disyorkan untuk membuka akaun Yippie Maybank kerana simpanan tersebut memberikan dividen yang agak tinggi.

Sekurang-kurangnya anak-anak anda mempunyai simpanan sejak lahir sehinggalah mereka meningkat remaja iaitu sehingga berumur 18 tahun.

Baca juga: THiJARI : Tabung Haji Online. Dapatkan Cara Daftar & Semak Baki Disini

Anak-anak juga akan menerima pelbagai manfaat termasuk berpeluang mendapat pulagan wang tunai sekiranya cemerlang dalam pelajaran.

CARA BUKA AKUAN BANK YIPPIE MAYBANK

Untuk membuka akaun bank Yippie Maybank anak anda mudah sahaja, anda hanya perlu:

  • Hadir ke Maybank yang terdekat
  • Dapatkan borang dan isikan maklumat yang diperlukan
  • Permohonan diproses
  • Permohonan siap!

Anda juga boleh membuat permohonan secara online seperti berikut:

Cara Buka Akaun Maybank Yippie Untuk Anak-Anak. Simpan Sini, Dividen Pun Tinggi

  • Lengkapkan borang anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Semak semula maklumat yang telah diisi.
  • Sekiranya anda berpuas hati, klik SUBMIT untuk hantar permohonan anda.

Cara Buka Akaun Maybank Yippie Untuk Anak-Anak. Simpan Sini, Dividen Pun Tinggi

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK BUKA AKAUN YIPPIE MAYBANK

Pastikan anda bawa bersama dokumen sokongan berikut ketika ingin membuka akaun Yippie Maybank anak-anak anda:

  • Sijil kelahiran asal dan MyKid
  • Kad pengenalan ibu bapa/penjaga
  • Pasport bagi ibu bapa bukan warganegara Malaysia seperti permit bekerja/belajar, visa yang masih sah dan surat pengesahan majikan/isntitusi pengajian sekiranya ada.
  • Anda juga boleh membuat pilihan untuk membuat kad ATM atau tidak.
  • Bawa bersama wang tunai minimum RM100 untuk membuka akaun Yippie anak-anak anda.

KADAR FAEDAH YIPPIE MAYBANK

Kadar faedah adalah seperti berikut:

SIMPANAN FAEDAH (%P.A)
SEHINGGA RM50,000 1.50
BAWAH RM50,000 0.20

** Semua faedah/dividen diatas boleh berubah dari semasa ke semasa.

MANFAAT SIMPANAN YIPPIE MAYBANK

Antara manfaat simpanan Yippie Maybank sekiranya cemerlang dalam pelajaran ialah:

PEPERIKSAAN GRED  WANG TUNAI
PT3 7A RM100
SPM 8A/A+ RM200
STPM/A-LEVELS 5A/4A & MUET GRED 6 RM300
IJAZAH IJAZAH KELAS PERTAMA DENGAN KEPUJIAN RM500

CONTOH DIVIDEN DARI AKAUN YIPPIE MAYBANK

Rujuk gambar dibawah untuk melihat contoh dividen yang diperolehi selepas membuat simpanan anak-anak di akaun Yippie Maybank.

Cara Buka Akaun Maybank Yippie Untuk Anak-Anak. Simpan Sini, Dividen Pun Tinggi

Selepas ini, anda boleh membuat simpanan anak-anak terus ke akaun mereka dan elok kiranya anda membuat transaksi keluar masuk untuk memastikan akaun Yippie anak anda kekal aktif.

Baca juga: Cara Daftar Tabika Perpaduan Sesi 2022 Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Maybank di Talian Hotline Pelanggan Maybank seperti berikut:

SUMBER: Siti Nurezah Fikri, Maybank

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...