Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara-cara Mengemukakan Permohonan Biasiswa MyBrain15 Secara Online

0 1,740

Program My Brain15 merupakan sebuah program yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10). Program ini mempunyai matlamat utama untuk menggalakkan mahasiswa menyambung pengajian sehingga ke tahap Master dan PhD.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meringankan beban dalam membayar yuran pengajian bagi mahasiswa yang menyambung pengajian di tahap Master dan PhD. Terdapat dua program yang ditawarkan di bawah MyBrain15 ini iaitu MyMaster dan MyPhD.

TARIKH PERMOHONAN MyBRAIN15

Tarikh bagi permohonan MyBrains15 dibuka pada 1 Mac 2018. Berikut merupakan tempoh permohonan MyBrain15.

  • Tarikh Permohonan MyBrain15 :  1 Mac 2018 – 31 Mac 2018

SYARAT-SYARAT MEMOHON MyBRAIN15

Sebelum anda membuat permohonan MyBrain15, pastikan anda memenuhi beberapa syarat wajib. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

  • Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi program MyMaster dan berumur tidak lebih dari 45 tahun bagi program MyPhD.
  • Warganegara Malaysia yang tidak bekerja serta tidak berpendapatan tetap.
  • Seorang kakitangan swasta.
  • Tidak memliki Ijazah Sarjana atau setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan dan mencapai gred PGNK 3.00 – 4.00.
  • Pemohon tidak menerima pembiayaan biasiswa daripada mana-mana pihak lain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu mengikuti segala mod pengajian yang telah ditetapkan iaitu sepenuh masa sahaja.
  • Tidak boleh bekerja di luar negara.

CARA-CARA PERMOHONAN MyBRAIN15

Bagi anda yang berhasrat untuk memohon biasiswa MyBrain15, anda boleh berbuat demikian dengan secara online sahaja. Permohonan secara manual akan ditolak.

Permohonan ini boleh dibuat di laman web rasmi MyBrain15. Link untuk laman web rasmi MyBrain15 ini seperti yang tertera di bawah.

Berikut merupakan cara-cara untuk anda membuat permohonan MyBrain15 secara online.

1.) Layari lama web rasmi MyBrain.

2.) Klik butang Log Masuk di bahagian atas sebelah kanan. Kemudian, daftar sebagai pengguna sistem.

Cara Memohon MyBrains1

3.) Pemohon perlu memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan telah disahkan oleh penyelia. Pengesahan ini perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan itu. Sila rujuk panduan di link berikut ini :  https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/doc/LampiranA.pdf

Cara-cara memohon MyBrains2

4.) Pemohon perlu mencetak, mengisi dengan lengkap dan memuat naik (upload) Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini. Borang Pengesahan ini boleh didapati di link berikut: https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/doc/BORANG/BorangPengesahanMaklumatPemohon2018.pdf

Cara-cara memohon MyBrains3

5.) Semua dokumen berkaitan yang disertakan dengan borang ini perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan perlu disimpan (save) dalam bentuk gambar yang berformat JPEG atau PDF dan perlu diupload dalam sistem permohonan online ini. Tidak diterima jika dokumen tersebut diupload dalam bentuk gambar yang diambil oleh kamera.

6.) Jika pemohon tidak memiliki dokumen asal, pemohon boleh scan dokumen-dokumen berkaitan tersebut daripada dokumen salinan (yang telah difotostat) tetapi dengan syarat dokumen salinan tersebut telah ada cop pengesahan daripada pegawai kerajaan/badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa/ Ketua Kampung/ Ketua Masyarakat. 

7.) Pemilihan calon akan dibuat pada sesi temuduga yang akan dijalankan sebelum pemilihan akhir dibuat jawatankuasa pemilihan.

8.) Keputusan permohonan akan diumukan pada tempoh 7 hari selepas keputusan jawatankuasa. Anda boleh menyemak keputusan melalui emel anda ataupun secara sms.

9.) Pemohon yang berjaya harus mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam senarai semak di atas ke Bahagian Biasiswa KPT dalam masa 21 hari bekerja sebelum memuat turun surat tawaran MyBrain15. Pemohon yang gagal berbuat demikian akan menyebabkan kelulusan yang diberikan kepadanya ditarik balik dan terbatal.

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN MELALUI MyBRAIN15

Pemohon yang berjaya dalam permohonan MyBrains15 ini akan memperoleh pelbagai faedah dan kemudahan bukan sahaja dari segi tanggungan yuran, malah banyak lagi faedah lain yang bakal diperoleh. Antara faedah yang bakal diperoleh adalah seperti berikut:

  • Menyambung pelajaran (Master/PhD) di universiti awam ataupun IPTS yang bertaraf 5 bintang dalam rating SETARA.
  • Mendapat elaun. Jumlah elaun adalah seperti berikut:

Cara-cara Memohon MyBrains 4

MyBrains sememang salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan dalam mempromosikan pendidikan sepanjang hayat dan meningkatkan penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Diharapkan usaha murni kerajaan ini dapat membantu dalam memajukan negara.

Permohonan MyBrains boleh dilakukan di sini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...