Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Bagi Pembayaran BPN Kini Dibenarkan

3,648

Kemaskini Maklumat Akaun Bank BPN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) melalui laman facebook rasminya telah menyatakan bahawa pemohon bagi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah boleh membuat kemaskini maklumat akaun bank untuk pembayaran wang bantuan masing-masing melalui aplikasi e-kemaskini LHDN.

Anda perlu mengemaskini selewat-lewatnya 30 April 2020 bagi membolehkan pembayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada Mei 2020.

Pautan Untuk Kemaskini

Anda boleh mengemaskini maklumat akaun bank anda di pautan berikut :

https://ez.hasil.gov.my/ci

Guna Saluran LHDN Sahaja

Anda juga dinasihatkan supaya menggunakan laman rasmi daripada LHDN sahaja dan dinasihatkan supaya tidak memberi maklumat seperti nombor TAC. LHDN tidak akan meminta nombor TAC daripada anda bagi tujuan pembayaran.

Kenyataan Media

Berikut adalah kenyataan media yang telah dipaparkan melalui laman facebook rasmi LHDN.

lhdn1

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara ini, anda boleh dapatkan sebarang maklumbalas dan pertanyaan melalui :

Sumber :

  • Facebook LHDN
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...