Dah Ganti Puasa Belum? Jika Belum, Ini Cara Kiraan Bayar Fidyah 2020/2021 & Kadarnya Untuk Rujukan Anda

Jika mengikut kiraan kalender Tahun 2021, bulan Ramadan akan jatuh pada bulan April 2021. Namun, sudahkah anda menggantikan semula puasa tahun lepas?

Jika anda terlambat menggantikan puasa pada tahun lepas atau tidak mempu untuk menggantikannya, anda perlu membayar fidyah dengan kiraan yang tertentu.

Bagaimanakah untuk membuat kiraan fidyah? Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara kiraan fidyah yang akan dikongsikan disini.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

Uzur menunaikan puasa wajib

  • Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

Perempuan hamil

  • Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

Ibu yang menyusukan Anak

  • Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

Orang yang telah meninggal dunia

  • Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

  • Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

  • Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

CARA MENGIRA FIDYAH

Untuk membuat kiraan fidyah, sila lihat formula ini:

  • (Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

  • RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.

KALKULATOR FIDYAH

Anda juga boleh membuat kiraan dengan menggunakan kalkulator fidyah seperti berikut:

Dah Ganti Puasa Belum? Jika Belum, Ini Cara Kiraan Bayar Fidyah & Kadarnya Untuk Rujukan Anda

Atau klik sahaja: KALKULATOR FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDAYAH MENGIKUT NEGERI

Untuk pengetahuan anda juga, kadar bayaran fidyah juga tidak sama bagi setiap negeri dan anda boleh rujuk posting berikut untuk dapatkan kadar harga fidayah untuk tahun 2020.

Dah Ganti Puasa Belum? Jika Belum, Ini Cara Kiraan Bayar Fidyah & Kadarnya Untuk Rujukan Anda

CARA BAYAR FIDAYAH SECARA ONLINE UNTUK TAHUN 2020/2021

Lebih mudah sekiranya melakukan bayaran fidyah secara online. anda boleh bayar dengan klik pada pautan yang dikongsikan ini:

PERLIS

KEDAH

PULAU PINANG

PERAK

SELANGOR

WILAYAH PERSEKUTUAN

NEGERI SEMBILAN

MELAKA

PAHANG

JOHOR

TERENGGANU

KELANTAN

SARAWAK

SABAH

MAKLUMAT & PERTANYAAN

Sila ajukan segala pertanyaan mengenai bayaran fidyah ke Pejabat Agama Negeri masing-masing untuk info yang lebih lengkap.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.