Pemohon M40 Bantuan Prihatin Nasional : Ini Cara Memohon No. Pin LHDN Secara Online

136

Golongan M40 Juga Layak Memohon BPN

Selain daripada Golongan B40, golongan M40 juga layak untuk memohon BPN.

Bagi golongan M40,bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan pada Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan oleh mereka sebelum ini. Difahamkan bahawa bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.

isi

Cara Memohon No Pin LHDN Secara Online

  • Semak terlebih dahulu di : edaftar.hasil.gov.my/…aknocukai/index.php sama ada anda pernah mempunyai nombor cukai pendapatan ataupun tidak.
  • Sekiranya pernah ada nombor cukai, sila abaikan langkah untuk mendaftar dan terus ke permohonan pin e-filing.
  • Layari http://daftarindividu.hasil.gov.my/dafsgjpnvdprd.php untuk mengisi borang pendaftaran nombor cukai pendapatan.
  • Pastikan bahagian bertanda (*)  di isi kerana ia wajib untuk di isikan.
  • Jika anda mempunyai perniagaan ataupun komisen pendapatan wajib klik pada bahagian ‘Maklumat Perniagaan-Jika Ada (Sila Klik)’. Namun sekiranya tiada, anda boleh abaikan bahagian berkenaan.
  • Setelah anda lengkap mengisi borang, harus semak semula maklumat yang di isi dikhuatiri ada maklumat yang tertinggal, tersalah isi dan sebagainya.
  • Setelah berpuas hati, klik hantar atau submit.
  • Selepas borang dihantar, nombor cukai dan lokasi cawangan fail cukai akan dipaparkan.
  • Maklumat ini perlu di simpan sebaik mungkin kerana ia akan digunakan pada setiap urusan berkaitan dengan percukaian nanti.

cukai1

Penghantaran Borang Cukai Dalam Talian

Nombor pin e-filing diperlukan terlebih dahulu sebelum pemohon dibenarkan untuk mengakses pada laman web berkenaan. Berikut cara memohon nombor pin e-filing :

lhdn2

  • Sekiranya anda menggunakan komputer, muat turun borang itu dalam format PDF. Jika                menggunakan telefon bimbit, simpan secara ‘save as image’ kemudian crop pada borang itu        sahaja.
  • Sekiranya tiada mesin pencetak, masukkan teks pada PDF dan isi semua maklumat yang           diperlukan. Jika menggunakan telefon bimbit, sunting foto dan masukkan teks.
  • Kemudian, tandatangan borang. Jika guna komputer dan tiada mesin pencetak, hantar borang PDF itu ke telefon bimbit kemudian tangkap layar (screenshot), sunting foto dan pilih tool pensil dan tandatangan. Jika guna telefon bimbit, anda juga boleh ikuti cara yang sama.
  • Jika anda ingin hantar menggunakan komputer, hantar semula fail tersebut daripada telefon bimbit ke komputer untuk dimuat naik pada laman web. Klik seterusnya untuk mengisi borang maklum balas bagi permohonan nombor pin atau terus ke: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/form.aspx?path=https://borangmaklumbalas.hasil.gov.my/Submission/Submission/?id=132#/create/1

lhdn3

  • Lengkapkan borang dan letakkan ‘Mohon Nombor Pin’ pada subjek .
  • Pilih ‘Tidak’ pada bahagian ‘Borang CP600B dilampirkan’.
  • Muat naik borang CP55D yang telah diisi tadi.
  • Lampirkan bersama salinan pengenalan diri.
  • Pada bahagian ‘Butiran’ sila isi ‘Dilampirkan Borang CP55D dan salinan pengenalan diri untuk  rujukan selanjutnya’.
  • Akhir sekali klik pada ‘submit’. Selepas itu, anda akan menerima maklumat rujukan seperti          gambar  di bawah. Simpan sebagai rujukan untuk diperiksa semula oleh LHDN berkenaan          nombor pin yang telah dipohon.

lhdn4

Jika anda ingin lebih faham, anda boleh rujuk carta di bawah:

lhdn kaedah

Sumber :

Comments
Loading...