Cara Memohon Slip Keputusan Muet Yang Hilang Untuk Masuk Universiti

0

Sijil atau slip keputusan MUET sememangnya berguna kerana memiliki sijil MUET merupakan salah satu prasyarat utama untuk anda memohon melanjutkan pengajian ke taraf ijazah ataupun degree.

Anda akan menghadapi masalah besar sekiranya slip keputusan MUET anda hilang. Anda semestinya akan panik kerana gagal memenuhi prasyarat utama untuk menyambung pelajaran ke peringkat degree.

Jika perkara ini berlaku kepada anda, adakah anda perlu menduduki semula peperiksaan MUET untuk mendapatkan slip keputusan yang baru? Tidak perlu sebenarnya. Anda tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh mendapatkan salinan slip keputusan MUET daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Anda akan diberi panduan tentang cara-cara memohon slip keputusan MUET anda yang hilang. Namun, sebelum memohon pastikan anda mengetahui syarat-syarat kelayakan memohon semula slip keputusan MUET anda yang hilang itu.

SYARAT-SYARAT MEMOHON SEMULA SLIP KEPUTUSAN MUET YANG HILANG

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu anda penuhi untuk memohon semula sijil MUET anda yang hilang.

  • Hanya calon yang menduduki peperiksaan MUET mulai sesi November tahun 2013 sehingga sesi sekarang sahaja yang layak memohon semula salinan sijil MUET. Sijil peperiksaan MUET bagi tahun 2012 dan ke bawah tidak akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Sijil Peperiksaan MUET hanya sah selama 5 tahun. Jadi jika anda kehilangan sijil MUET yang diambil pada tahun 2012 dan ke bawah, anda tidak perlu memohon untuk mendapatkan semula sijil itu kerana ianya telah tamat tempoh sah laku.
  • Anda perlu membuat bayaran untuk memohon semula sijil MUET anda yang telah hilang itu.
    Namun, jika anda ingin memohon juga sijil MUET yang anda ambil sebelum tahun 2012 untuk tujuan sebagai bukti anda pernah mengambil MUET, anda boleh memohon Slip Penyata MUET.

CARA-CARA MEMOHON SLIP PENYATA MUET

Slip Penyata MUET adalah alternatif kepada sijil MUET yang tidak lagi sah kerana tarikh sahnya sudah luput.

Dalam erti kata lain, jika anda ingin juga memiliki sijil MUET yang anda dapat ketika menduduki MUET pada tahun 2012 dan tahun-tahun sebelumnya, anda perlu memohon penyata ini. Berikut merupakan cara-cara untuk memohon penyata MUET.

1.) Layari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dan tekan butang Borang MPM/S3. Borang ini turut dikenali sebagai Borang Permohonan Penyata Keputusan MUET.
muet semula 1muet semula 2 2.) Muat turun serta print borang tersebut.
3.) Isi borang tersebut dengan lengkap.
4.) Hantarkan borang kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (alamat tertera pada borang)
5.) Hantarkan bersama salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
6.) Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 20 untuk permohonan kali pertama, RM 30 untuk permohonan kali kedua dan RM 50 untuk permohonan kali ketiga.

CARA-CARA PERMOHONAN SALINAN SIJIL MUET

Jika sijil anda yang masih sah tarikhnya dan boleh digunakan untuk memohon menyambung pengajian di peringkat degree hilang, anda boleh memohon Salinan Sijil MUET. Salinan Sijil MUET merupakan salinan kepada sijil MUET yang asal.

Calon yang mengambil peperiksaan MUET pada tahun 2013 dan ke atas bolehlah memohon salinan sijil MUET ini. Berikut merupakan cara-cara memohon salinan sijil MUET.

1.) Layari portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dan klik pada Borang Permohonan Salinan Sijil MUET (MPM/S2).

muet semula 3muet semula 4
2.) Muat turun dan print borang itu.
3.) Isi borang tersebut dengan lengkap.
4.) Hantarkan borang kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.
5.) Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 40. Anda boleh membuat bayaran secara Wang Pos.

TEMPOH PEMPROSESAN PERMOHONAN

Jika anda memohon Salinan Sijil MUET ataupun Penyata Keputusan MUET secara pos, salinan sijil atau penyata tersebut akan dihantar ke rumah anda secara pos dalam tempoh dua hari selepas permohonan dibuat.

Seterusnya, jika anda ingin memohon Salinan Sijil MUET dan Penyata Keputusan MUET di kaunter MPM, anda hanya perlu menunggu selamat setengah jam untuk memperoleh salinan sijil atau penyata ini.

Cara untuk memohon Salinan Sijil MUET dan Penyata Keputusan MUET ini tidaklah susah dan tidak juga memakan masa yang lama. Jadi, jika anda kehilangan sijil MUET bolehlah memohon sekarang.Sijil MUET ini sangat berguna dalam meneruskan pengajian anda di peringkat yang lebih tinggi.

Link Untuk Download kedua-dua jenis borang ini boleh didapati di bawah:

Comments
Loading...