Cara Untuk Mendapat Temuduga Dan Tawaran Kerja. Ikuti Tips Ini

986

Mendapat Temuduga Dan Tawaran Kerja

Jika anda memohon jawatan, pastikan anda layak untuk menjawat jawatan tersebut berbanding orang lain mengikut kelayakan yang telah disenaraikan. Temuduga pula sangat penting kerana ia merupakan satu proses pengambilan pekerja dan anda perlu menjadikan diri anda seorang calon yang paling layak mendapat pekerjaan tersebut.

Melalui perkongsian ini, anda akan mengetahui cara untuk meningkatkan kemampuan anda untuk mendapat temuduga dan tawaran kerja.

Cara Mendapatkan Temuduga Tawaran Pekerjaan

Sebelum anda memohon jawatan tertentu,pastikan anda membuat persediaan. Ikuti langkah berikut untuk membantu anda menarik perhatian bakal majikan semasa membuat permohonan :

  • Buat resume yang sesuai
  • Tulis surat permohonan yang berkesan
  • Membuat susulan dengan HR
  • Ketahui kelebihan anda
  • Berlatih menjawab temuduga
  • Ucapkan terima kasih kepada HR

temuduga dan tawaran kerja. tips

1. Buat resume yang sesuai

Luangkan sedikit masa untuk sesuaikan resume anda untuk pekerjaan tersebut. Hantar resume anda yang memenuhi kehendak syarikat dan ianya mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. Dengan kelayakan anda yang sesuai dan memenuhi kehendak syarikat, anda menjadi calon yang sesuai untuk dipanggil temuduga dan seterusnya mendapat tawaran kerja.

2. Tulis surat permohonan yang berkesan

Hantar surat permohonan dengan menyebut aspek-aspek tertentu syarikat yang menarik perhatian anda, kelayakan yang menjadikan anda calon ideal dan sumbangan anda sekiranya anda mendapat jawatan tersebut. Pastikan anda memberikan lebih banyak perincian mengenai pengalaman anda yang mungkin tidak dijelaskan dalam resume anda.

Terakhir sekali, minta pada HR untuk menyenaraikan langkah proses permohonan yang seterusnya. Mungkin juga anda boleh meminta cadangan HR untuk memberi jadual temuduga dan mereka dapat mengenalpasti bahawa anda sangat berminat dengan pekerjaan tersebut.

temuduga dan tawaran kerja

3. Membuat susulan dengan HR

Setelah menghantar permohonan anda, hubungi HR jika tida jawapan daripada mereka dalam tempoh masa yang agak panjang. Ini menjadikan HR memberi perhatian kepada anda dan meletakkan anda sebagai calon yang akan dipanggil temuduga.

Caranya ialah, hantar emel atau telefon HR untuk mengesahkan penerimaan resume dan nyatakan minat anda terhadap pekerjaan tersebut.Masukkan maklumat anda sekali lagi seperti nama, nombor telefon dan emel supaya HR dapat menghubungi anda dengan mudah.

4. Ketahui kelebihan anda

Setelah anda melangkah ke peringkat seterusnya dalam proses pengambilan pekerja, mulakan persiapan untuk temuduga. Kenal pasti tkelebihan anda untuk menjadi calon yang tepat untuk pekerjaan tersebut. Fikirkan cara yang paling berkesan untuk menyatakan kelebihan anda semasa temuduga.

Sekiranya anda memohon jawatan pengurusan yang memerlukan kemahiran kepimpinan, fikirkan contoh, objektif atau penghargaan yang menunjukkan kepemimpinan anda

5. Berlatih menjawab temuduga

Sebelum temuduga, baca soalan dan sediakan jawapan. Walaupun temuduga anda tidak merangkumi semua soalan yang diajukan, pastikan jawapan anda berkaitan dengan pengalaman, kelayakan dan tujuan anda. Kenal pasti contoh tertentu sehingga anda dapat menyebutnya dengan mudah semasa temuduga.

Sebagai contoh, anda boleh mempertimbangkan jawapan anda untuk pertanyaan peribadi seperti “Bagaimana anda menggambarkan diri anda?” dan “Apa kelebihan dan kekurangan terbesar anda?” Anda juga boleh memikirkan soalan khusus pekerjaan seperti “Mengapa anda mahu bekerja di sini?” dan “Mengapa kami harus memilih anda?”

6. Ucapkan terima kasih kepada HR

Selepas temuduga tamat, ucapkan terima kasih kepada HR atau bakal majikan anda atas masa yang diluangkan. Ini adalah peluang terakhir anda untuk menonjolkan diri anda di mata bakal majikan  anda.

Anda juga boleh hantar nota melalui emel dan nyatakan pengalaman anda ketika temuduga dan ceritakan matlamat anda sekiranya anda layak untuk memegang jawatan tersebut.

tawaran temuduga dan tawaran kerja

Melalui perkongsian ini, sudah pasti anda mendapat tips atau cara untuk mendapat temuduga dan tawaran kerja dengan mudah selepas menghantar permohonan kerja anda. Perbaiki kelemahan yang ada dan semoga anda berjaya.

Comments
Loading...