Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Untuk Pelajar

2,221

Kelegaan Buat Pelajar IPT

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri mengenai bantuan BPN yang turut menyatakan bahawa pelajar IPT tidak tercicir untuk menerima bantuan, sedikit melegakan pelajar IPT.

Pelajar IPT akan dibayar secara one-off dengan jumlah bantuan sebanyak RM200 ini hanya terhad kepada pelajar Warganegara Malaysia dan berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia.

pmumum

Syarat Pelajar IPT Yang Layak Menerima BPN

Berikut adalah beberapa syarat untuk pelajar IPT memohon bantuan BPN :

  • Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kementerian yang berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Awam (UA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), Diploma Kolej Vokasional, Diploma dan setara institusi TVET, Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda dan setaraf, Sarjana dan setaraf, Doktor Falsafah dan setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia.
  • Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi atau IPT yang berdaftar di bawah akta-akta yang berkuat kuasa.
  • Pelajar IPT diploma atau setara termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/ MARA.

Apa Maksud Pelajar Status Aktif?

  • Pelajar berstatus aktif ialah pelajar yang masih lagi belajar di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.
  • Ini bermakna, pelajar yang sudah berhenti atau tangguh pengajian sebelum atau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak layak menerima bantuan ini.
  • Bantuan ini adalah untuk pelajar yang menuntut di Malaysia sahaja.
  • Pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan work-based learning layak menerima bantuan ini.
  • Pelajar semester akhir dan akan tamat pengajian pada Mei 2020 layak menerima bantuan ini. Pernyataan ini merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.
  • Pelajar yang sudah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2020 tidak layak menerima bantuan ini. Ini kerana pelajar tidak lagi berstatus aktif di institusi masing-masing.

Cara Menyemak Status Kelayakan

Pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.

Bagi yang tidak memenuhi kriteria kelayakan untuk menerima bantuan ini, sila hubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemas kini dokumen / maklumat-maklumat berikut :

  • Salinan kad pengenalan
  • Nombor akaun bank dan nama bank
  • Salinan penyata / buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank)
  • Nombor telefon bimbit / emel

Bagaimana Bantuan Disalurkan Kepada Pelajar

Bantuan akan disalurkan melalui akaun bank masing-masing jik layak dan memenuhi syarat-syarat mulai hujung bulan April 2020 oleh IPT masing-masing.

Anda boleh membuat semakan di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi masing-masing.

Jika anda sebagai pelajar belum mempunyai akaun bank, sila buka akaun bank terlebih dahulu. Hanya akaun bank konvensional atau Islamik sahaja dibenarkan. Akaun Tabung Haji atau ASB/ASN tidak dibenarkan.

Bantuan yang diberikan ini mesti dimasukkan ke dalam akaun bank pelajar itu sendiri dan tidak dibenarkan untuk memasukkan bantuan melalui akaun ayah, ibu atau saudara mara.

daftar akaun

Nama Tiada Dalam Senarai Penerima Bantuan

Jika nama anda tidak ada dalam senarai penerima bantuan, anda perlu menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

Maklumat Lanjut

Pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

Pelajar IPT digalakkan menghubungi terus Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing berkenaan pembayaran RM200 one-off ini.

Sekiranya ada soalan lanjut, Kementerian dan Agensi seliaan bertanggungjawab boleh dihubungi seperti berikut:

Kementerian Pengajian Tinggi (Pelajar IPTA/ IPTS)

Telefon : 0388706777 ; 0388706949; 0388706628; 0388706623; 0388706124

Kementerian Pendidikan Malaysia (Pelajar Matrikulasi, Tingakatan 6 Dan Setaraf) 

Telefon : 0388849383; 0388886749; 038889325; 0388849401

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Pelajar MARA)

Telefon : 0388912078

MARA Call Center: 032613 2000

Kementerian Belia dan Sukan (Pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara)

Telefon : 0388713773; 0388713434; 0388713506

Kementerian Pertanian dan Industri Asas (Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia)

Telefon : 0388701663; 0388701664; 0388701307

Kementerian Sumber Manusia (Pelajar Diploma Atau Setara Termasuk PelajarSepenuh Masa SKM4 Dan Ke Aatas)

Telefon : 0388892359; 0388862409; 0388903404; 0388862352; 0388889111

student

Semoga dengan perkongsian cara memohon bantuan BPN pelajar  ini dapat membantu dan melegakan keresahan anda.

Manfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya.

Sumber :

  • BPN Pelajar
  • Bantuan Prihatin IPT
  • Berita Harian
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...