Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Peluang Kerjaya Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 & Cara Mohon

3,391

Sekiranya anda mempunyai kelulusan seperti SPM / SVM / SKM, anda boleh membuat permohonan untuk menyertai jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 sebelum tarikh tutupnya pada 24 Januari 2021.

Bagi anda yang belum membuat pendaftaran kerja di SPA9, anda boleh membuat pendaftaran sekarang secara online sahaja dan ianya sangat mudah untuk diisi.

Anda juga boleh dapatkan cara membuat pendaftaran mohon kerja melalui pautan ini:

Jika sudah membuat pendaftaran, cepat rebut peluang kerjaya Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 dengan segera. Dapatkan info berkaitan dengan meneruskan bacaan perkongsian ini.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • Tarikh: 24 Januari 2021
  • Hari: Ahad
  • Jam: 1159 malam

JADUAL GAJI

  • Gaji Minimum: RM1,352.00
  • Gaji Maksimum: RM4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

JUMLAH KEKOSONGAN JAWATAN

Jumlah kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19 ialah:

  • Kekosongan: 196
  • Simpanan: 2000

SYARAT KELAYAKAN  PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19

Syarat kelayakan untuk jawatan ini ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

CARA PERMOHONAN

JIka anda berminat untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19, anda hanya perlu membuat permohonan atau mengemaskini permohonan secara online melalui portal rasmi SPA9 iaitu:

Peluang Kerjaya Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) GredN19. Ini Cara Mohon

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...