Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

17,873

SPA9 LOGIN : SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Umum mengetahui bahawa sistem pekerjaan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) iaitu SPA8i telah digantikan dengan sistem terbaru iaitu SPA9.

Sistem SPA9 ini lebih relevan kerana ianya membuat padanan berdasarkan nombor Kad Pengenalan bagi janaan maklumat peribadi dan kelayakan akademik di mana pemohon boleh mengesahkan dan mengemaskini maklumat pendaftaran serta menyemak status permohonan.

PERBEZAAN SPA8i DENGAN SPA9

SPA9

  • Maklumat akademik diisi secara automatik oleh sistem di mana maklumat tersebut dijana terus daripada Jabatan/Agensi yang berkaitan.
  • Maklumat peribadi seperti status pemegang Kad OKU, penerima bantuan eKasih, status kewarganegaraan dan lesen memandu dijana secara automatik daripada Jabatan/Agensi yang berkaitan.
  • Fungsi Semakan Kelayakan Jawatan dalam SPA9 membolehkan calon membuat semakan kesesuaian jawatan yang dimohon dengan kelayakan akademik yang dimiliki.

SPA8i

  • Maklumat akademik calon diisi secara manual oleh calon. Ini cenderung kepada pengisian maklumat yang tidak lengkap dan kurang tepat.
  • Maklumat peribadi seperti status pemegang Kad OKU, penerima bantuan eKasih, status kewarganegaraan dan lesen memandu diisi sendiri secara manual oleh calon.
  • Calon memohon jawatan tanpa mengetahui kesesuaian jawatan yang dimohon dengan kelayakan akademik yang dimiliki.

CARA LOGIN MASUK KE SPA9

Apakah cara-cara yang betul untuk login masuk ke SPA9? Lihat cara-cara yang dikongsikan ini untuk login masuk ke sistem SPA9.

SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

  • Seterusnya masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, KATA LALUAN dan klik LOG MASUK.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan pada bahagian jawatan, anda boleh mengisi sehingga 15 jawatan untuk dipohon.
  • Pendaftaran dan permohonan anda telah siap.

“Apa yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan masih lagi aktif pada sistem SPA8i?”

  • Bagi permohonan yang masih lagi aktif dalam sistem SPA8i, anda hanya perlu membuat PENDAFTARAN BAHARU untuk mendapatkan ID dan KATA LALUAN yang baru untuk log masuk pada sistem SPA9 nanti.
  • Setelah log masuk, anda boleh mengemaskini maklumat-maklumat yang terdapat dalam sistem sebelum ini.

SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SPA9, sila layari laman web SPA9 di :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...