One Stop Centre CCID Scam Response Centre. Semak Scammer & Buat Aduan Sekiranya Ditipu Scammer

207

Untuk memerangi jenayah Macau Scam dan mengelakkan orang ramai terpedaya dengan jenayah tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman telah menubuhkan pusat panggilan setempat CCID Scam Response Center.

Tugas dan tanggungjawab CCID Scam Response Center adalah bertujuan untuk orang ramai dapat berhubung dengan pihaknya seperti membuat pertanyaan berkaitan jenayah tipu panggilan atau Macau Scam.

Hal ini kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa scammer sehingga mengalami kerugian sebanyak RM525,242.

Baca juga: 5 Jenis Scam Popular Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu Dan Elakkan

PERKHIDMATAN JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIL CCID SCAM RESPONSE CENTER

Antara perkhidmatan yang disediakan di CCID Scam Response Center ialah:

SEMAKMULE

  • Laman web / aplikasi untuk masyarakat membuat semakan nombor akaun bank atau nombor telefon yang terlibat dengan kes-kes jenayah komersil.

CCID INFOLINE (WHATSAPP)

  • Medium untuk masyarakat menyalurkan maklumat jenayah penipuan, ahlong, judi dalam talian atau kes-kes jenayah komersil yang lain kepada PDRM.
  • Masyarakat juga boleh bertanyakan status kes melalui medium ini.

 CCID SCAM RESPONSE CENTER

  • Talian telefon untuk masyarakat berhubung tentang jenayah dalam talian terutama Macau Scam.
  • Masyarakat juga boleh telefon untuk bertanya tentang modus operandi tipu dalam talian sebelum membuat transaksi bayaran.

 FACEBOOK

  • Pihak JSJK menggunakan platform media sosial, Facebook untuk menyampaikan maklumat dan modus operandi jenayah komersil terkini kepada masyarakat.

One Stop Centre CCID Scam Response Centre. Semak Scammer & Buat Aduan Sekiranya Ditipu Scammer

MASA OPERASI CCID SCAM RESPONSE CENTER

Masa untuk operasi CCID Scam Response Center adalah dari jam:

  • 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.

CONTOH JENAYAH PENIPUAN SCAMMER

Antara kes jenayah penipuan selain Macau Scam yang semakin menjadi-jadi ialah:

Penipuan tawaran kerja dalam talian seperti penipuan tawaran kerja LAZADA.

Modus operandi yang digunakan suspek ialah:

  • Suspek menawarkan pekerjaan dalam talian.
  • Mangsa memberikan butiran peribadi seperti nombor telefon untuk dihubungi.
  • Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui Whatsapp dan memberitahu cara mendapatkan duit.
  • Mangsa diminta memasukkan barang-barang di dalam troli belian LAZADA.
  • Mangsa diminta membuat bayaran ke akaun yang diberikan suspek sama dengan nilai barang di dalam troli tersebut.
  • Mangsa dijanjikan pulangan wang dan keuntungan 8% – 15% dalam tempoh yang singkat.
  • Mangsa kemudian gagal mendapatkan semula wang dan keuntungan yang dijanjikan.

KENYATAAN MEDIA PENUBUHAN CCID SCAM RESPONSE CENTER

One Stop Centre CCID Scam Response Centre. Semak Scammer & Buat Aduan Sekiranya Ditipu Scammer

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...