Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

0 1,729

Berikut adalah maklumat permohonan cuti belajar bergaji penuh (CBPP) 2018.

Perhatian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran bagi tahun 2018, berita baik di mana Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia akan menawarkan Program Penajaan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018.

Tentang CBPP

Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) adalah cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada PPP untuk mengikuti kursus atau pengajian di mana dalam tempoh tersebut pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan lain-lain elaun yang berkelayakan mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan sama ada dengan atau tanpa biasiswa.

CBBP diberikan kepada PPP untuk mengikuti kursus bagi peningkatan kompetensi dan bukan kemajuan kerjaya dimana kelayakan yang diperolehi tidak melayakkan pegawai dilantik ke kumpulan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Pegawai layak mendapat kemudahan CBBP maksimum dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan bagi mengikuti kursus jangka panjang.

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

Berikut adalah syarat pemberian CBPP

  1. PPP yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan semasa;
  3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam gred DG41/ DG3
  4. Tidak melebihi 40 tahun bagi Ijazah Kedoktoran & Kedoktoran Sarjana
  5. Tidak melebihi 44 tahun bagi Sarjana
  6. Tidak melebihi 50 tahun bagi Sijil

PPP yang telah diluluskan CBBP layak menerima imbuhan/elaun lain dengan kadar penuh daripada jumlah yang berkelayakan.

PPP yang menerima kemudahan biasiswa daripada KPM akan menerima elemen biasiswa seperti berikut:

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Penempatan
  • Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Elaun Bantuan Keluarga (EBK)

Untuk sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai perkara ini, boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan atau emel ke: [email protected] atau hubungi 03- 8321 7100/7028.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...