Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cuti Rehat Khas Guru 7 Hari Dinaikkan 10 Hari Bermula 1 Januari 2018

0 2,931

Berita baik buat guru-guru di Malaysia di mana Cuti Rehat Khas selama 7 hari yang diperuntukkan kini dinaikkan kepada 10 hari bermula 1 Januari lalu.

Pekeliling baru ini diumumkan melalui portal JPA bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pelaksanaan Cuti Rehat Khas bagi menambah baik peruntukan sedia ada yang dinikmati oleh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di sekolah dan institusi pendidikan.

Kelayakan Cuti Rehat Khas 10 Hari

Kelayakan cuti rehat khas guru adalah 10 hari setahun. Kemudahan ini juga boleh dinikmati oleh guru sandaran/interim dan juga guru kontrak.

Baki cuti rehat khas tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata terhad kepada 10 hari setahun bagi tujuan-tujuan berikut:

  1. Menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
  2. Mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan;
  3. Menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
  4. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
  5. Menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
  6. Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
  7. Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
  8. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
  9. Perkahwinan pegawai atau anak pegawai

Kuasa melulus permohonan cuti rehat khas ini ialah:

  • Pengetua/Guru Besar bagi pegawai yang mengajar di sekolah
  • Ketua Institusi Pendidikan di mana pegawai tersebut bertugas
  • Pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan pegawai di atas

Untuk maklumat lanjut tentang pemberian cuti khas guru selama 10 hari ini, anda boleh rujuk semula kenyataan rasmi JPA melalui pekeliling di bawah:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...