Cara Daftar & Semakan eKasih: Portal Pembasmian Kemiskinan Untuk Bantuan Kerajaan

2,934

DAFTAR EKASIH : PORTAL PEMBASMIAN KEMISKINAN UNTUK BANTUAN KERAJAAN

Sistem eKasih adalah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat kebangsaan untuk merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan oleh Unit ICU daripada Jabatan Perdana Menteri.

1 Bank Data Kemiskinan Nasional​​ eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

2 Manakala Komponen data eKasih pula terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

3 Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN EKASIH

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan eKasih :

  • Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Warganegara Malaysia.
Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK semasa yang digunakan adalah PGK 2016. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan (Bandar) atau RM1000 sebulan (Luar Bandar) layak dan digalakkan untuk memohon.

PUNCA PENDAPATAN UTAMA

4 punca pendapatan utama adalah seperti berikut :

  • Pekerjaan bergaji.
  • Bekerja sendiri.
  • Pendapatan daripada harta dan pelaburan.
  • Pindahan semasa diterima.
Nota : Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

PENDAFTARAN BARU EKASIH

2 cara untuk membuat pendaftaran baru eKasih iaitu :

  • Anda perlu rujuk Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
  • Melalui email rasmi, surat atau telefon atau mendaftar dan membuat laporan kemiskinan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) , Pemimpin Tempatan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

NOMBOR TELEFON DAN NOMBOR FAKS PEJABAT PPN

Daftar eKasih: Portal Pembasmian Kemiskinan Untuk Bantuan Kerajaan

CARTA PROSES PERMOHONAN SISTEM EKASIH

Rujuk carta proses permohonan sistem eKasih seperti di bawah :

Daftar eKasih: Portal Pembasmian Kemiskinan Untuk Bantuan Kerajaan

STATUS DAFTAR EKASIH

Terdapat 4 jenis status daftar e-Kasih iaitu :

  • Disahkan : Telah dibanci
  • Disemak : Dalam proses banci
  • Ditolak : Tidak layak dibanci
  • Baru/Daftar Terbuka : Pemohonan baru

CARA MEMBUAT SEMAKAN EKASIH

Untuk semakan permohonan, sila klik pautan dibawah :

  • Semakan eKasih
  • Kemudian masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda dan KLIK UNTUK CARI.

Daftar eKasih: Portal Pembasmian Kemiskinan Untuk Bantuan Kerajaan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pendaftaran dan semakan mengenai eKasih, sila layari laman web berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...