Digi Beri Data Percuma 1GB Sehari Sehingga 31 Mac Ini. Bagaimana Hendak Tebus?

0 250

Bagi yang bekerja di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah tentu penggunaan internet di rumah meningkat kerana keperluan kerja. Terutamanya yang melibatkan aktiviti dan urusan penting secara online.

Menyedari kepentingan penggunaan data yang tinggi, DIGI telah menawarkan 1GB data sehari kepada kesemua pelanggan pasca bayarnya sehingga 31 Mac 2020.

Data percuma DIGI ini akan aktif dari 8 pagi sehingga 6 petang sahaja, dan pelanggan bebas untuk menggunakannya mengikut keperluan dan kehendak.

BAGAIMANA TEBUS DATA PERCUMA DIGI

Untuk menebus data percuma ini, anda boleh melakukannya menerusi aplikasi MyDigi. Data percuma DIGI anda akan terpapar sejurus selepas aplikasi dibuka.

Jadi ini merupakan berita baik untuk semua pengguna DIGI bukan. Yang pasti ianya bakal memudahkan kerja-kerja online anda seharian.

Sumber

Comments
Loading...