Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Doa Berbuka Puasa Sendirian & Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai

2,361

Ramadan 2021 kali ini sangat menguji semua orang kerana ada yang berpuasa secara bersendirian dan ada yang berpuasa dengan ahli keluarga.

Bagi anda yang berbuka puasa secara bersendirian, bertabahlah. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan bagi mereka yang berbuka puasa dengan rakan taulan dan ahli keluarga harus bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk menyambut Ramadan dengan ahli keluarga masing-masing.

Jika anda seorang perokok pula, bulan Ramadan ini boleh dijadikan satu peluang untuk anda berhenti merokok dengan mengamalkan tips yang dikongsikan ini.

Rujuk: Tips Berhenti Merokok Sepanjang Bulan Ramadan & Seterusnya

TIPS & SUNNAH SEMASA BERBUKA PUASA

Sebelum berbuka, boleh juga anda baca dan amalkan tips serta sunnah semasa berbuka puasa yan diamalkan Rasulullah SAW seperti berikut:

1. BERDOA SEBELUM BERBUKA

Berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa adalah sangat mustajab.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi. (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

Setelah penat seharian berpuasa, Allah mengurniakan satu waktu mustajab untuk orang berpuasa memanjatkan doa kepadaNya. Jangan lepaskan peluang ini kerana peluang ini tidak akan datang berkali-kali!

2. BERBUKA PUASA DENGAN SEGERA

Segerakan berbuka puasa kerana perbuatan menyegerakan berbuka puasa sangat mendatangkan kebaikan.

Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa. (Bukhari & Muslim)

3. BERBUKA DENGAN KURMA TERLEBIH DAHULU

Antara sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW adalah makan beberapa biji kurma basah dahulu ketika mula berbuka puasa. Ini akan memudahkan kita bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang.

Anas Bin Malik meriwayatkan seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi yang bermaksud:

Rasulullah apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

4. MINUM AIR YANG BANYAK

Jangan lupa untuk minum banyak air apabila berbuka puasa untuk menghilangkan dehidrasi semasa berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda:

Jangan minum terus menelan seperti unta, tetapi dalam dua atau tiga (teguk). Menyebut nama Allah (Bismillah) apabila memulakan minum dan memujiNya (Alhamdulillah) selepas telah selesai (minum). (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

DOA BUKA PUASA BERSENDIRIAN

Berikut adalah doa untuk berbuka puasa secara bersendirian:

Doa Berbuka Puasa Sendirian & Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

DOA BUKA PUASA BERAMAI-RAMAI

Berikut adalah doa untuk berbuka puasa beramai-ramai:

Doa Berbuka Puasa Sendirian & Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Baca juga: Resepi Simple Untuk Bersahur Hari Pertama Ramadan. Mudah & Sangat Mengenyangkan!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...