Download Jadual Belajar TV Pendidikan Lengkap Untuk UPSR, PT3 dan SPM

213

Pelajaran Tetap Diutamakan

Walaupun PKP dijalankan dan sekolah masih lagi belum dibuka, Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai inisiatif buat pelajar sekolah untuk belajar dan ulangkaji pelajaran ketika ini.

Antaranya ialah dengan menyiarkan kembali Siaran TV Pendidikan menerusi TV Okey RTM bermula 6 April 2020 selama dua jam setiap hari sepanjang tempoh PKP.

tv okey

Ulangkaji Dan Persediaan UPSR, PT3 Dan SPM

Pelajar-pelajar yang membuat persediaan untuk UPSR, PT3 dan SPM boleh memanfaatkan rancangan ini untuk membuat ulangkaji pelajaran masing-masing.

Malahan pelajar seawal darjah 5 juga boleh menonton siaran ini untuk ulangkaji pelajaran anda.

Masa Siaran

Siaran ini akan bersiaran :

  • 2 jam setiap hari
  • Jam 9 pagi – 10 pagi dan 1 tengahari – 2 petang

siaran

Saluran Siaran

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 saluran yang menyiarkan Siaran TV Pendidikan ini iaitu :

  • Saluran 110 myFREEVIEW
  • Saluran 146 Astro dan Astro Njoi
  • Laman sesawang myklik.rtm.gov.my

Bagi yang menggunakan siaran Astro,anda boleh merekodkan siaran ini jika takut terlepas waktu siaran dan jika menggunakan siaran lain,anda boleh terus klik laman sesawang yang telah dinyatakan di atas untuk ulangan.

siaran2

Jadual Rancangan

Anda juga boleh dapatkan  jadual rancangan siaran ini di :

Berikut jadual rancangan untuk rujukan anda.

darjah 5_tgktan5

Semoga dengan inisiatif oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ini mendapat manfaat oleh pelajar sekelian.

Jangan lupa menonton Siaran TV Pendidikan untuk ulangkaji anda.

Sumber :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...