Bantuan Kerajaan

e-Dompet RM100 Untuk e-Belia Umur 18 Hingga 20 Tahun. Mahasiswa Juga Terima Manfaatnya

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

26 November 2020
1 min baca
Isi Kandungan

Sebelum ini di dalam Bajet 2021 yang dibentangkan, pengkreditan adalah sebanyak RM50 ke dalam e-Dompet belia yang berumur dari 18 hingga 20 tahun dibawah program e-Belia. Namun, menerusi persidangan dewan rakyat Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, wang tersebut dinaikkan jumlahnya menjadi RM100.

Insentif ini juga diperluaskan kepada 1.1 juta mahasiswa di IPT dan IPTS termasuk mereka yang berumur lebih 20 tahun.

e-Dompet RM100 Untuk e-Belia Umur 18 Hingga 20 Tahun. Mahasiswa Juga Terima Manfaatnya

PENGKREDITAN RM100 KE AKAUN E-WALLET PENERIMA

Wang RM100 ini akan dimasukkan secara kredit ke akaun e-Wallet penerima masing-masing dan pastikan anda sudah memuat turun aplikasi e-Wallet terlebih dahulu untuk menerima kredit RM100 ini.

Pemberian ini juga memfokuskan pembudayaan ekonomi secara norma baharu iaitu menggalakkan transaski secara online dan dapat mengurangkankan beban yang ditanggung oleh para belia dan mahasiswa pada masa kini.

e-Dompet RM100 Untuk e-Belia Umur 18 Hingga 20 Tahun. Mahasiswa Juga Terima Manfaatnya

MEKANISME PENYALURAN RM100 e-BELIA

Seperti sedia maklum, kaedah pengkreditan RM100 e-Belia belum lagi dioutuskan dan mungkin ia adalah kesinambungan kepada e-Tunai dan e-Penjana yang diberikan pada tahun lalu.

Jika dirujuk pada kaedah daripada e-Penjana syarat untuk menerima Rm100 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun berdasarkan rekod LHDN
  • Telah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MySejahtera
  • Miliki salah satu daripada tiga e-Wallet iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet.

Terkini, pihak kerajaan telah meluluskan pengeluaran i-Sinar RM10,000 maksimum wang dari Akaun 1 KWSP dan diperluaskan kepada semua ahlinya seramai 8 juta.

 

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.