Temuduga Guru One-Off SPP Bermula 8 September Ini Mengikut Opsyen Secara Berfasa. Buat Semakan Sekarang
Informasi / Ringkasan Artikel

Temuduga Guru One-Off SPP Bermula 8 September Ini Mengikut Opsyen Secara Berfasa. Buat Semakan Sekarang

Pemohon bagi jawatan Guru One-Off DG41 pastinya tertunggu-tunggu bilakah temuduga untuk permohonan jawatan tersebut akan diadakan, bukan? Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui Facebook...

Status: Aktif Bacaan: 2 min baca Fokus: Informasi Update: 3 Sep
Intipati 01 Pemohon bagi jawatan Guru One-Off DG41 pastinya tertunggu-tunggu bilakah temuduga untuk permohonan jawatan tersebut akan diadakan.
Intipati 02 Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui Facebook rasmi mereka telah memaklumkan bahawa urusan temuduga untuk jawatan.
Intipati 03 Untuk makluman anda, urusan temuduga untuk jawatan Guru One-Off DG41 juga akan diadakan secara berfasa bermula.

Pemohon bagi jawatan Guru One-Off DG41 pastinya tertunggu-tunggu bilakah temuduga untuk permohonan jawatan tersebut akan diadakan, bukan?

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui Facebook rasmi mereka telah memaklumkan bahawa urusan temuduga untuk jawatan Guru One-Off DG41 akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Untuk makluman anda, urusan temuduga untuk jawatan Guru One-Off DG41 juga akan diadakan secara berfasa bermula 8 September 2021 dan mengikut opsyen yang telah ditetapkan. Sudah bersediakah anda?

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA FASA 1

Calon boleh membuat semakan panggilan temuduga Guru One-Off Fasa 1 di Portal SPP mulai:

  • 3 September 2021

TARIKH TEMUDUGA GURU ONE-OFF

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), urusan temuduga Guru One-Off DG41 akan diadakan secara berfasa mulai:

  • 8 September 2021

KAEDAH TEMUDUGA

Kaedah temuduga yan akan dijalankan adalah secara:

  • Online

CALON TERLIBAT TEMUDUGA GURU ONE-OFF DG41

Selain dari itu, untuk urusan temuduga kali ini juga, ia hanya melibatkan calon seperti berikut:

  • Calon Graduan
  • Calon Bakal Graduan Pendidikan

Calon ini mestilah lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara yang melepasi tapisan yang telah ditetapkan oleh SPP.

Nota: Setiap calon hanya akan dipanggil temuduga sekali sahaja mengikut opsyen yang ditetapkan oleh SPP.

PAUTAN SEMAKAN

Anda boleh membuat semakan panggilan temuduga dipautan berikut:

Temuduga Guru One-Off SPP Bermula 8 September Ini Mengikut Opsyen Secara Berfasa

SENARAI OPSYEN TEMUDUGA

Bagi temuduga Fasa 1, hanya calon-calon bagi opsyen berikut sahaja yang akan dipanggil temuduga:

  • Bahasa Cina
  • Bahasa Semai
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazan Dusun
  • Muzik
  • Tahfiz
  • Bimbingan dan Kaunseling (SJKC)
  • Pendidikan Seni/Seni Visual (SJKC)
  • Pendidikan Khas (SJKC)
  • Pendidikan Moral (SJKC)
  • Muzik (SJKC)
  • Sejarah (SJKC)
  • Reka Bentuk Teknologi (SJKC)
  • Matematik (SJKC)
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (SJKC)
Pemakluman panggilan temuduga adalah hanya kepada calon yang layak sahaja. Calon-calon yang memohon tetapi tidak melepasi tapisan tidak akan menerima sebarang pemakluman semasa proses semakan panggilan temuduga kelak.

KENYATAAN MEDIA

Temuduga Guru One-Off SPP Bermula 8 September Ini Mengikut Opsyen Secara Berfasa

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori