Tidak Semua Petugas Frontliner KKM Diberi Elaun Khas Covid-19

147

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr Chen Chaw Min telah mengumumkan bahawa tidak semua petugas kesihatan yang sedang berkhidmat di KKM akan menerima Elaun Khas Covid-19.

Mengapa tidak semua menerima elaun ini? Ia adalah kerana bukan semua pegawai dan anggota kesihatan perlu diarah untuk melaksanakan skop tugas berkaitan dengan wabak Covid-19.

Ini kerana sebahagian besar pegawai dan anggota kesihatan masih lagi melaksanakan skop tugas seperti biasa dan bertugas di klinik kesihatan serta di hospital yang bukan dikhaskan untuk saringan dan perawatan wabak Covid-19.

DIBAYAR ELAUN KHAS COVID-19 JIKA ADA ARAHAN BERTUGAS

Pembayaran Elaun Khas Covid-19 ini tidak dibayar dan arahan yang dikeluarkan ini juga tidak bersifat berterusan kerana:

  • Mana-mana pegawai yang tidak melaksanakan skop tugas berkaitan dengan Covid-19, atau
  • Diarah bertukar ke penempatan lain, mereka tidak lagi layak untuk menerima bayaran elaun khas Covid-19 ini.

Pembayaran Elaun Khas Covid-19 akan dilakukan sekiranya:

  • Pegawai dan anggota kesihatan yang sebelum ini tidak dibayar elaun khas berkenaan, mereka akan layak menerima bayaran elaun khas ini sekiranya diarah untuk melakukan skop tugas berkaitan dengan Covid-19 oleh Ketua Jabatan.

Petugas Frontliner KKM Diberi Elaun Khas Covid-19 Bersasar. Tak Semua Dapat

DIJELASKAN MENERUSI SURAT PEKELILING

Sebelum ini kerajaan bersetuju memberikan Elaun Khas Covid-19 sebagai satu penghargaan terhadap pengorbanan dan komitmen petugas kesihatan yang berisiko dijangkati wabak Covid-19 ketika bertugas.

Perkara ini sudah dijelaskan secara terperinci menerusi Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Bilangan 2 Tahun 2020 dan Surat Edaran Ketua Setiausaha Kementerian bertarikh 21 April 2020.

Ia menyatakan mengenai penambahbaikan dalam pemberian elaun khas kepada doktor dan anggota kesihatan yang terbabit secara langsung dalam usaha menangani dan membendung penularan Covid-19.

Menerusi surat pekeliling dan surat edaran itu, Ketua Jabatan diberikan kuasa untuk melakukan penilaian secara menyeluruh serta mengeluarkan arahan kepada pegawai dan anggota kesihatan yang perlu terbabit secara langsung dalam rantaian pengurusan Covid-19.

MASIH DIBAYAR ELAUN-ELAUN LAIN

Walaupun tidak semua petugas menerima Elaun Khas Covid-19, namun mereka masih lagi menerima gaji bulanan termasuk elaun-elaun lain seperti biasa.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan beberapa inisiatif seperti:

  • Kementerian Kesihatan juga bekerjasama dengan syarikat takaful seperti FWD Takaful Berhad untuk menyediakan dana MOH-myHeroes yang berjumlah RM5 juta untuk diberikan kepada petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 ketika melaksanakan tugas masing-masing.
  • Peruntukan lebih RM1 bilion disediakan bagi membekal perlatan pencegahan dan kselematan seperti alat pelitup muka, cecair pencuci tangan dan pakaian keselamatan sebagai langkah mengelakkan jangkitan dalam kalangan petugas kesihatan serta sebagai langkah menjaga kebajkan mereka.
  • Cadangan bayaran bantuan khas sebanyak RM600 diberi kepada semua pegawai Gred 56 dan ke bawah bagi menghargai sumbangan dan komitmen pegawai awam.

Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan perkara seperti ini diselesaikan sebaik mungkin demi memastikan kementerian terus fokus menyampaikan perkhidmatan dengan berkesan kepada pelanggan khususnya bagi memastikan pegawai dan anggota kesihatan lain kekal dan saling menyokong antara satu sama lain dalam menangani Covid-19.

Datuk Seri Dr Chen Chaw Min

Petugas Frontliner KKM Diberi Elaun Khas Covid-19 Bersasar. Tak Semua Dapat

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...