Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Frontliner: Berapa Gaji Mereka Dibandingkan Dengan Pengorbanan Yang Dilakukan?

2,243

Seringkali perkataan FRONTLINER disebut-sebut pada masa kini dan tahukah kita berapa gaji yang diterima oleh mereka sepanjang mereka memberikan perkhidmatan kepada kita tanpa mengira masa?

Mungkin ada yang menganggap gaji mereka terlalu besar dan tidak perlu diberikan sebarang bantuan sepanjang pandemik Covid-19 ini melanda negara dan ada yang mengatakan perlunya diberikan elaun sebagai pengahargaan kita kepada mereka atas khidmat yang diberikan.

Sebelum kita menilai mereka tanpa dengan membuta tuli, jom kita lihat gaji yang meeka terima berdasarkan jawatan masing-masing.

SENARAI GAJI FRONTLINER MALAYSIA

Berikut adalah senarai gaji yang diterima frontliner di Malaysia:

1. DOKTOR / PEGAWAI PERUBATAN

Mewah katanya gaji seorang doktor di Malaysia. Jom kita lihat berapakah gaji doktor di Malaysia.

  • Gaji minimum RM2,947 tanpa elaun hingga RM4,547

Petugas KKM, Buat Tuntutan Sekiranya Dijangkiti Covid-19. Ada Peruntukan Untuk Anda

2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN / JURURAWAT

Bagi kategori ini, terbahagi kepada Medical Assistant (MA) dan Jururawat yang bertugas seperti memberi rawatan awal kes kemalangan dan kecemasan serta beberapa tugas khas yang berkaitan.

Gaji yang diterima ialah:

  • Bermula RM1,797 mengikut gred

Petugas KKM, Buat Tuntutan Sekiranya Dijangkiti Covid-19. Ada Peruntukan Untuk Anda

3. POLIS

Bagi jawatan polis pula, gaji mereka agak berbeza kerana ianya menggunakan skim Y dengan gred YP1 dan YT1 sebagai asas tangga gaji, kelulusan pendidikan sebagai penentuan pangkat dan gaji permulaan.

Gaji yang diberikan kepada YT1 ialah :

  • Gaji minimum : RM2,215

Frontliner: Berapa Gaji Mereka Dibandingkan Dengan Pengorbanan Yang Dilakukan?

4. PEGAWAI BOMBA

Pastinya terdapat banyak perbezaan antara jawatan polis dan bomba dan gaji yang diterima oleh bomba lebih tinggi dari polis kerana tangga gaji bermula dengan KB19.

  • Gaji minimum : RM1,360 tanpa sebarang elaun

Frontliner: Berapa Gaji Mereka Dibandingkan Dengan Pengorbanan Yang Dilakukan?

5. ANGGOTA TENTERA

Bagi gaji anggota tentera pula adalah berdasarkan kepada kelulusan pendidikan dan pangkat serta bidang yang dimasuki. Setiap anggota askar memerlukan kelulusan SPM dan gaji yang diterima ialah:

  • Gaji Askar Laskar Angkatan Tetap : RM1,459 tanpa elaun

Frontliner: Berapa Gaji Mereka Dibandingkan Dengan Pengorbanan Yang Dilakukan?

Pada pendapat anda, berbaloi atau tidak dengan khidmat yang mereka berikan kepada kita dan negara serta elaun yang diberikan kepada mereka? Apapun, terima kasih kepada mereka yang sanggup bersusah payah untuk menjaga keselamatan kita semua. Terima kasih frontliner.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...