Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Update : GKP 2.0 Ini Tarikh Semakan Dan Tarikh Pembayaran Untuk Rujukan Anda

2,840

Bagi usahawan yang pernah memohon GKP 2.0, anda sudah boleh membuat semakan dalam masa terdekat untuk ketahui adakah permohonan anda diluluskan atau tidak.

Seperti yang anda semua maklum, Geran Khas Prihatin ini diwujudkan dengan tujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Untuk GKP 2.0 kali ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 usahawan PKS Mikro.

Jua rujuk: GKP Hasil RM3,000: Cara Membuat Permohonan, Semakan & Pendaftaran

KELAYAKAN PERMOHONAN GKP 2.0

Antara kelayakan untuk permohonan GKP 2.0 adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Masih aktif menjalankan perniagaan.
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik.

Pemohon juga perlu berdaftar dengan beberpa agensi seperti berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN GKP 2.0

Tarikh semakan bagi permohonan GKP 2.0 ialah:

  • 27 November 2020

Buat semakan dengan layari pautan berikut:

SEMAKAN PERMOHONAN

TARIKH PEMBAYARAN PERMOHONAN GKP 2.0

Manakala tarikh pembayaran permohonan GKP 2.0 yang terkini adalah bermula pada:

  • 30 November 2020

Bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM3,000 dan akan dibayar secara one-off.

Update : GKP 2.0 Ini Tarikh Semakan Dan Tarikh Pembayaran Untuk Rujukan Anda

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN GKP 2.0

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut:

  • Portal Rasmi LHDNM
  • Telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
  • HASIL LIVE CHAT
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...