GKP Tambahan RM1,000 Akan Dibayar Mac Ini

1,851

Apa itu Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan)? Ia merupakan satu bentuk bantuan yang akan dibayar kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini secara one-off.

Baca juga: GKP Tambahan Sehingga RM1,000 PKS Untuk Negeri PKP

GKP Tambahan PERMAI ini merupakan satu bentuk bantuan yang berada dalam salah satu inisiatif PERMAI yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

TARIKH BAYARAN GKP TAMBAHAN

  • Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021

JUMLAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Jumlah bayaran GKP Tambahan kepada PKS ialah seperti berikut:

  • PKS NEGERI PKP: RM1,000
  • PKS NEGERI LAIN: RM500

PENERIMA GKP TAMBAHAN

Penerima GKP Tambahan sebanyak RM500 hingga RM1,000 ialah:

  • Penerima yang pernah lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk pemohon lulus rayuan.

KAEDAH PEMBAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Dikreditkan ke akaun bank simpanan dan semasa peribadi penerima yang didaftarkan semasa permohonan GKP 1.0 dan 2.0.
  • Pastikan akaun bank anda aktif untuk memudahkan proses pembayaran bantuan GKP Tambahan.

GKP Tambahan RM1,000 Akan Dibayar Mac Ini

Baca juga: BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula 21 Januari 2021, Semak Bayaran Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP Tambahan PERMAI sila hubungi LHDNM di saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...