Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Google Lancarkan Laman Khas Informasi Lengkap COVID-19, Google COVID-19 Information & Resources

0 1,225

Perhatian dunia kini tertumpu kepada wabok coronavirus. Diketahui, penyebaran virus ini semakin meluas ke pelbagai negara, termasuk Malaysia.

Untuk meminimakan kesan penyebaran virus tersebut, Google baru-baru ini telah melancarkan sebuah halaman khusus yang menyediakan informasi penuh tentang covid-19.

Google COVID-19 Information & Resources

Google COVID-19 Information & Resources memuatkan pelbagai kandungan serta informasi berkenaan penyebaran COVID-19, pengetahuan umum, gejala penyakit, cara pencegahan hinggalah ke method perubatan.

Laman khas Google ini dimuatkan dengan pelbagai video sehinggalah ke infografik yang datangnya dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit AS (CDC).

Selain itu, tips keselamatan dan pencegahan, tren pencarian berkaitan dengan COVID-19, dan informasi lain untuk individu, pendidik, dan bisnis juga disediakan.

Selain informasi umum corona, Google juga memuatkan peta penyebaran virus corona di seluruh dunia, lengkap dengan jumlah kematian yang disahkan.

Tren carian Google Trends juga dapat diakses dengan mudah di halaman tersebut lengkap dengan kata kunci carian yang digunakan pengguna seluruh dunia untuk mencari maklumat berkaitan coronavirus.

Walaupun laman khas ini baru sahaja dilancarkan di wilayah Amerika Syarikat, Google mengatakan laman yang sama akan diwujudkan di dalam bahasa lain dalam masa terdekat.

Anda boleh akses laman khas ini melalui pautan berikut.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...