Guna 3 Cara Ni Saja Dah Boleh Download Video Dari Facebook.

755

Anda tertarik dengan video yang telah dikongsi oleh rakan anda melalui Facebook. Anda ingin download dan save video tersebut untuk tonton semula dan kongsi di Whatsapp. Tapi bagaimanakah cara untuk download video daripada Facebook dengan mudah?

Jangan risau. Selepas ini anda pasti dapat download video kegemaran anda daripada Facebook dengan mudah dan cepat.

Guna 3 cara ini sahaja untuk download video kegemaran anda daripada Facebook.

3 Cara Download Video Dari Facebook

Terdapat 3 cara yang sesuai untuk anda download video daripada Facebook. Caranya adalah:

  1. MyVideoDownloader for Facebook
  2. Videoder
  3. Download Menggunakan Web

3 cara ini akan membantu anda untuk download video daripada Facebook dengan mudah tanpa anda perlu save di Facebook terlebih dahulu.

video fb

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakannya.

1. MyVideoDownloader For Facebook

Langkah-langkah untuk menggunakannya :

Anda boleh pilih untuk download terus video atau anda boleh download dan save nama video kegemaran anda.

fb2

Dapatkan video melalui fail ‘download’

Download video dalam bentuk HD untuk video yang lebih cantik.

Anda boleh simpan dan kongsi video yang telah di download.

2. Videoder

Walaupun aplikasi ini digunakan untuk download video daripada Youtube, ia juga boleh digunakan untuk download video daripada Facebook.

Ikuti langkah-langkah dibawah untuk menggunakannya :

  • Klik Videoder untuk download aplikasi
  • Pilih Facebook
  • Masukkan kata laluan ID dan Facebook anda pada skrin log masuk.
  • Pilih video dan download mengikut kualiti video

Sekiranya anda mempunyai masalah ketika download aplikasi ini, anda boleh ikuti langkah di bawah.

Jika keluar warning ketika anda download aplikasi ini, klik ok.

Anda boleh lihat ikon download di bahagian panel notifikasi. Klik untuk ‘Install’

Jika popup naik begini ketika anda sedang download aplikasi, klik butang ‘Setting’.

videoder3

Pergi ke ‘Settings > Security > Unknown Sources’ dan klik ‘Ok’.

Pergi semula ke bahagian download tadi dan tunggu sehingga selesai. Klik ‘Turn Off Unknown Source’ selepas selesai download.

3. Download Video Facebook Guna Web

Sekiranya anda tidak mahu download video menggunakan aplikasi seperti di atas anda juga boleh menggunakan web berikut :

Anda boleh download video menggunakan web ini sama ada melalui telefon atau komputer anda.

DreDown.com

Untuk menggunakan aplikasi ini :

  • Klik DreDown.com
  • Pilih Facebook
  • Pilih dan ‘Copy url’ video yang anda mahu download
  • Kemudian ‘Paste url’ tersebut.
  • Klik butang Dredown
  • Video siap di download

dredown

FBDown.Net

Cara menggunakan aplikasi ini :

  • Pergi ke Facebook anda
  • Pilih video
  • ‘Right’ klik dan ‘Copy url’ video
  • Pergi ke FBDown.net
  • ‘Paste url’ dan klik download
  • Pilih kualiti video

fbdownnet

SaveFrom.net

Cara menggunakan aplikasi ini :

  • Pilih video daripada Facebook anda
  • ‘Right’ klik dan ‘Copy url’ tersebut
  • Pergi ke SaveFrom.net dan ‘Paste link url’ tersebut
  • Klik download

save from

Selepas ini, anda boleh download video daripada Facebook dengan mudah dan pantas melalui 3 cara yang telah dikongsikan.

Selamat mencuba.

Sumber :

  • MyVideoDownloader for Facebook
  • Videoder
  • DreDown.com
  • FBDown.net
  • SaveFrom.net
Comments
Loading...