Cara Mohon RM300 Setiap Seorang Untuk Pelajar IPT Kedah i-BAKIPT Bagi Sesi Pengajian Tahun 2021.

327

Kerajaan negeri melalui inisiatif Kedah Produktif dan Kedah Digital membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang dikenali i-BAKIPT dengan peruntukan RM1 juta.

Melalui sistem ini, anak-anak negeri Kedah dapat membuat permohonan bantuan secara online sahaja tanpa perlu hadir ke mana-mana Pusat Khidmat Dewan Undangan Megeri (DUN) lagi.

Permohonan yang berjaya akan menerima wang bantuan secara sekali bayar sebanyak RM300 dan permohonan boleh dibuat mulai sekarang sehingga 31 Disember 2021 mengikut situasi semasa.

Baca juga: Lembaga Zakat Kedah: Skim Bantuan Awal IPT 2021. Semak Kelayakan & Mohon Disini

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN RM300 i-BAKIPT

Permohonan untuk Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) i-BAKIPT adalah pada:

  • 1 Mac 2021 hingga 31 Disember 2021

JUMLAH SUMBANGAN

Jumlah sumbangan bagi setiap permohonan yang diluluskan ialah sebanyak:

  • RM300 setiap seorang pelajar

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) i-BAKIPT

Sebelum membuat permohonan, anda semua diminta untuk membuat semakan syarat permohonan terlebih dahulu seperti berikut:

  • Pemohon atau Ibu atau Bapa lahir atau bermastautin (menetap) di Negeri Kedah Darul Aman (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).
  • Pemohon telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA secara SEPENUH MASA dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak IPT.
  • Menyambung pengajian ke peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA pada Sesi Pengajian Tahun 2021 sahaja.
  • Pelajar SEPARUH MASA, pelajar LUAR KAMPUS, pelajar di INSTITUSI PERGURUAN dan pelajar di PROGRAM LATIHAN SEPARA PERUBATAN (KOLEJ PERUBATAN / KOLEJ KEJURURAWATAN) TIDAK LAYAK untuk memohon.
  • Permohonan hendaklah dibuat bagi kemasukan KALI PERTAMA untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.

DOKUMEN SOKONGAN

Anda perlu lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan permohon
  • Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga (salah seorang sahaja)
  • Salinan akaun bank/penyata bank
  • Salinan surat tawaran kemasukan / surat pengesahan daripada institusi pengajian tinggi
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak menepati syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
Nota: Dokumen sokongan yang wajib disertakan di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN RM300 i-BAKIPT

Permohonan bantuan RM300 i-BAKIPT dibuat secara online sahaja melalui pautan berikut:

Cara Mohon RM300 Setiap Seorang Untuk Pelajar IPT Kedah i-BAKIPT Bagi Sesi Pengajian Tahun 2021.

  • Daftar baru jika belum pernah membuat pendaftaran.
  • Setelah siap membuat pendaftaran, LOG MASUK dengan memasukkan id pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen dan klik SIMPAN untuk menghantar permohonan anda.
Nota: Anda boleh mengemaskini permohonan sekiranya terdapat kesalahan ketika mengisi permohonan anda.

CARA BAYARAN BANTUAN RM300 iBAKIPT

Bayaran kepada setiap pelajar akan dibuat oleh:

  • Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN kepada pelajar

Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan RM300 i-BAKIPT, sila hubungi:

  • SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Aras 2 , Blok C, Wisma Darul Aman,
    05503 Alor Setar Kedah Darul Aman.
  • +604-702 7286/+604-702 7272/+604-7028600
  • [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...