Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Fasa Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula Akhir Februari

2,578

Pandemik Covid-19 yang semakin menular telah menyebabkan kerajaan mengambil langkah drastik melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Sehubungan itu juga, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.

Ini bermakna sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Baca juga: Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan JKM Bagi Bulan Februari 2021. Semak Disini

3 FASA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN

Terdapat 3 fasa bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan iaitu:

FASA PERTAMA

  • Fasa pertama akan membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.
  • Fasa ini amat penting untuk melindungi petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19.
  • Fasa pertama program imunisasi ini dijadualkan tamat pada April.

FASA KEDUA

  • Membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.
  • Warga emas dan golongan rentan iaitu yang berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi. Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini.
  • Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021.

FASA KETIGA

  • Baki penerima vaksin adalah golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.
  • Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh.

Roll-Out Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Akhir Februari

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN MENGIKUT FASA

Tempoh pelaksaan adalah mengikut fasa seperti berikut:

  • FASA PERTAMA: Hujung Februari hingga April 2021
  • FASA KEDUA: April hingga Ogos 2021
  • FASA KETIGA: Mei 2021 hingga Februari 2022

600 PUSAT SIMPANAN AKAN DIBUKA SELURUH NEGARA

Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar, teratur serta memudahkan orang ramai, lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara.

Pelbagai kemudahan termasuk fasiliti kesihatan awam dan swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti sebagai pusat vaksinasi.

Peruntukan di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan digunakan oleh Kerajaan untuk mengambilalih secara sementara dewan dan kemudahan yang lain bagi tujuan persediaan untuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

PROGRAM VAKSINASI TERBESAR PERNAH DILAKSANAKAN

Untuk pengetahuan anda, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini adalah program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di negara ini.

Jadi, sama-samalah kita sebagai rakyat Malaysia menjayakan program ini serta bersama-sama menghulurkan bantuan sama ada dari aspek perubatan dan bukan perubatan, khususnya aspek pendidikan kesihatan di pusat-pusat vaksinasi.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...