Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mendaftar Pelbagai Kursus Ambilan Julai Di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP

1,871

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membuat pengambilan pelatih baharu untuk kemasukan Julai 2021 ke Institut Kemahiran Baitulmal bagi mengikuti pelbagai kursus yang disediakan.

Anda juga digalakkan untuk memohon kursus yang disediakan secara online melalui pautan yang diberi untuk membuat pendaftaran mengikut tarikh yang diberikan.

MAIWP juga menyediakan Program Bootcamp Zero To Hero yang ditawarkan kepada belia golongan asnaf dan golongan B40 dan anda boleh membuat permohonan sekarang sehingga 1 Mei 2021.

Rujuk: Cara Mohon Program Bootcamp Zero To Hero MAIWP Belia Asnaf Anjuran ABM & CIDB Malaysia. Cepat Daftar Sekarang!

INFO RINGKAS INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

Institut Kemahiran Baitulmal ditubuhkan dengan tujuan menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam.

Visi penubuhan Institut Kemahiran Baitulmal ialah:

Menggilap dan meningkatkan potensi belia Islam agar terus melonjak tinggi menerusi:

  • Pendidikan kemahiran sistematik, kreatif dan berinovatif.
  • Penerapan nilai Islam keunggulan jati diri.
  • Usahawan Muslim yang berdaya saing dan berdaya maju.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PELBAGAI KURSUS INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

Tarikh tutup permohonan untuk mengikuti pelbagai Kursus Institut Kemahiran Baitulmal adalah:

  • 2 Mei 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan permohonan mengikuti Kursus Institut Kemahiran Baitulmal ialah:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam
  • Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita
  • Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 bagi semua kursus kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik
  • Boleh menulis, membaca dan mengira
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita
  • Pendapatan isi rumah di bawah pengiraan Had Kifayah yang ditetapkan

CARA MEMOHON KURSUS INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL

Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

Nota: Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yanh ditetapkan sahaja akan dipanggil temuduga.

SENARAI KURSUS YANG DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan bagi ambilan Julai 2021 ialah:

  • Kejuruteraan Elektrik
  • Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan
  • Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki
  • Kursus Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita
  • Teknologi Binaan Bangunan

Cara Mendaftar Pelbagai Kursus Ambilan Julai Di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Kursus Institut Kemahiran Baitulmal, sila hubungi:

  • 03-9283 0189
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...