Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Sentuh Anak-anak Selepas Keluar Beli Barang, Mandi dan Bersihkan Diri Dulu – KKM

0 6,243

Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai yang mahu keluar membeli barangan keperluan dan makanan untuk seisi rumah.

“Hanya ketua keluarga atau seorang wakil keluarga yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,”  KKM

Menurut panduan KKM itu, sejurus kembali ke rumah setelah membeli-belah, pihak berkenaan perlu menanggalkan topeng, merendam baju dengan sabun dan terus mandi sebelum boleh bersentuhan dengan ahli keluarga lainnya.

Berikut langkah-langkah yang perlu diambil:

  • Buka topeng muka, masukkan ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.
  • Elakkan menyentuh, memeluk anak dan ahli keluarga.
  • Pergi ke tandas buka pakaian dan rendam di dalam sabun.
  • Mandi dengan sabun. Bersihkan muka, tangan dan seluruh tubuh.
  • Baru bertemu keluarga.

Jangan Sentuh Anak-anak Selepas Keluar Beli Barang, Mandi dan Bersihkan Diri Dulu - KKM

Garis panduan itu dikeluarkan pagi ini di halaman media sosial kementerian, berikutan pengumuman kerajaan semalam bahawa hanya satu orang setiap rumah yang perlu pergi membeli makanan dan bekalan.

Ini untuk mengelakkan kesesakan di pasar raya dan mengurangkan risiko jangkitan kepada lebih ramai orang.

Kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya dan perkhidmatan penting lain masih dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac, tetapi rakyat Malaysia diberitahu untuk tinggal di rumah, melainkan benar-benar perlu keluar.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...