Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Terlepas Daftar Skim mySalam, Permohonan Tutup Esok. Ini Link Daftar

0 2,955

Pengenalan

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kepada rakyat Malaysia terutamanya daripada golongan B40.

Terdapat beberapa inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat ketika menghadapi masalah yang sedang melanda kini dan antara nya adalah melalui Skim mySalam.

mysalam (1)

Apa itu Skim mySalam?

Skim mySalam merupakan salah satu usaha kerajaan dalam membantu masyarakat dari segi menyediakan perlindungan kesihatan percuma kepada rakyat Malaysia termasuklah kepada pesakit Covid-19.

Terdapat 2 kategori untuk penerima skim ini iaitu:

  1. Penerima Bantuan Sara Hidup
  2. Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup

Kategori Penerima Bantuan Sara Hidup

  1. Berumur 18 hingga 65 tahun
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM24,000 setahun
  3. Individu OKU berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM24,000 setahun.

Kategori Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup

  1. Berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Golongan isi rumah iaitu bagi kategori penerima bukan bantuan sara hidup  juga kini boleh mendaftar sebagai pemohon.

Senarai 45 Penyakit Kritikal

Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang disenaraikan oleh pihak mySalam yang layak untuk mendapat perlindungan.

  1. Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
  2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
  3. Meningitis Bakteria
  4. Tumor Otak Benigna
  5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
  6. Pembedahan Otak
  7. Kanser
  8. Kardiomiopati Teruk
  9. Anemia Aplasia Kronik
  10. Koma
  11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
  12. Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
  13. Ensefalitis/encephalitis
  14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  15. Penyakit Paru-Paru
  16. AIDS Peringkat Teruk
  17. Hepatitis Virus Fulminan
  18. Serangan Jantung
  19. Pembedahan Injap Jantung
  20. HIV Akibat Transfusi Darah
  21. Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
  22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  23. Hilang Pertuturan
  24. Trauma Kepala Utama
  25. Pemindahan Organ Utama/ Sum
  26. Penyakit Neuron Motor
  27. Sklerosis Berbilang
  28. Distrofi Otot
  29. Kelumpuhan / Paraplegia
  30. Penyakit Parkinson
  31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
  32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
  33. Strok
  34. Pembedahan Aorta
  35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
  36. Kelecuran Tahap Ketiga
  37. HIV
  38. Penyakit Terminal
  39. Penyakit Sistik Medular
  40. Sindrom Apallic
  41. Poliomielitis
  42. Skleroderma Progresif
  43. Keradangan pankreas berulang
  44. Elefantiasis
  45. Penyakit lembu gila

Untuk pengetahuan,skim ini hanya layak kepada pesakit yang mendapatkan rawatan daripada hospital kerajaan  dan bagi pesakit Covid-19 yang telah di masukkan ke wad boleh menuntut elaun sebanyak RM50 sehari dengan maksimum 14 hari setahun.

Tarikh Tutup Permohonan

Anda mempunyai satu hari lagi untuk memohon permohonan ini dan tarikh tutup untuk permohonan ini adalah pada 31 Mac 2020 pada hari Selasa.

Cara Memohon

Terdapat beberapa langkah untuk memohon Skim mySalam iaitu:

  1. Masuk portal rasmi mysalam.com.my
  2. Login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
  3. Klik “Download Form”.
  4. Muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”.
  5. Borang diserahkan kepada doktor yang telah melakukan rawatan kepada anda untuk diisi dengan lengkap.
  6. Login semula ke portal mySalam.
  7. Pilih Claims > Claims Submission > CI Claims.
  8. Scan borang tersebut dan isikan maklumat  yang diperlukan bersama-sama dengan dokumen lain termasuk salinan kad pengenalan dan surat pengesahan doktor.
  9. Setelah lengkap,klik “Submit” untuk hantar permohonan.

Sekiranya tiada sebarang masalah, duit bantuan akan terus dikreditkan ke akaun anda seperti yang telah didaftarkan semasa permohonan bantuan BSH.

mysalam-b40-m40

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...