Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jom Buat Duit Dari Rumah Dengan Cara Mudah Sepanjang PKP. Ada Kerja Yang Anda Boleh Mula Dari Sekarang

3,252

Anda Tidak Tahu Nak Buat Kerja Apa?

Sepanjang tempoh PKP ini ada yang merungut tidak tahu untuk buat apa sehingga tidur pun terlebih. Bukan sahaja tidur, makan pun sudah lebih had sampai dapat rasa sudah gemuk daripada biasa. Malahan ada yang mengambil inisiatif yang berfaedah dengan membaca Al-Quran sehingga khatam, membaiki rumah dan membuat hobi-hobi yang mereka suka.

Terfikirkah anda dalam tempoh ini anda boleh menghasilkan duit dengan cara yang lebih kreatif?

Bagaimana Menghasilkan Duit Dari Rumah?

Anda sentiasa berdamping dengan telefon bimbit sepanjang PKP ini dengan melihat perkembangan rakan-rakan di Facebook dan menonton filem di Youtube, bukan? Sekiranya anda lihat di Youtube terutamanya, ada yang mendapat like dan view sehingga berjuta-juta dan mereka ini juga sebenarnya mendapat bayaran hasil daripada kerajinan mereka.

Malah terdapat pelbagai cara kerja yang anda boleh diubah coraknya berdasarkan situasi yang dialami sekarang.

10 Cara Buat Duit Dari Rumah

Berikut adalah senarai kerja yang anda boleh dari rumah dan menghasilkan pendapatan buat anda sepanjang tempoh PKP ini.

1. Blogger

Sekiranya anda berminat untuk menulis cerita berkaitan fiksyen, cinta, siasatan atau artikel berkaitan Covid-19 dan  PKP, anda boleh menulis di blog dengan membuat catatan harian untuk pembacaan semua orang. Anda boleh menggunakan WordPress atau blog yang paling mudah iaitu Blogger untuk anda hasilkan penulisan anda. Setelah siap, jangan lupa share di laman facebook anda untuk dikenali dan mendapatkan peminat penulisan anda.

Beautiful-Blogger-Templates

2. Youtuber

Bagi anda yang suka merakam video anak-anak, video memasak, video bersenam, video lucu dan sebagainya anda boleh menjadi seorang youtuber sepanjang PKP ini. Sangat mudah untuk anda menjadi youtuber kerana semua sumber ada berdekatan dengan anda. Anda hanya perlu daftar emel anda untuk hasilkan channel anda dan setelah berjaya, anda boleh terus muat naik video anda. Sekiranya anda pandai menggunakan aplikasi seperti Quik, Filmora dan Kine Master, anda boleh sunting video anda menjadi lebih cantik dengan memasukkan pelbagai effect dan audio yang sesuai. Setelah siap, anda boleh share link video youtube anda di facebook untuk dapatkan banyak subscribe, like dan view.

youtubers-1

3. Servis Barangan Basah

Jika anda sangat suka menolong orang yang tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli barangan harian terutamanya barangan basah, anda boleh membuat perkhidmatan menyediakan barangan basah buat surirumah. Mungkin anda mempunyai rakan-rakan atau saudara mara yang menjual sayur, ikan dan ayam. Jadi sebelum itu, anda perlu mengiklankan perkhidmatan anda melalui facebook, group whatsapp kampung / taman bahawa anda ada menyediakan perkhidmatan menghantar barangan basah. Anda perlu sediakan maklumat harga barangan dan tempat yang anda buat perkhidmatan beserta upah perkhidmatan anda sebelum memulakannya.

brgbsh

 

4. Jual Makanan

Anda mahir memasak? Jika anda pandai memasak dan masakan anda diyakini sedap, anda boleh menjual makanan dengan membuat penghantaran makanan ke rumah. Ramai yang kehabisan idea untuk memasak masakan apa untuk hari seterusnya pasti berminat untuk merasai makanan yang anda jual. Jangan lupa untuk ambil gambar masakan anda, upload didalam facebook group whatsapp anda untuk promosi jualan anda.

cod makanan

5. Dropship Produk

Pasti ada yang berminat dengan produk terutamanya produk yang laris sepanjang PKP ini iaitu hand sanitizer dan mask. Anda boleh menjadi dropship dengan pembekal yang boleh dipercayai dan boleh menjual barangan tanpa mengeluarkan modal. Anda hanya duduk di rumah kemudian membuat promosi digroup facebook, facebook anda dan group whatsapp untuk dapatkan pelanggan. Pembekal hanya dapatkan maklumat pelanggan yng anda hantar, membuat pembungkusan dan menghantar pada pelanggan. Anda akan mendapat pendapatan berdasarkan komisen hasil jualan anda.

Dropshipping

6. Runner Kedai Runcit Kawasan

Motor dirumah dah lama berhabuk semenjak PKP ini. Apa kata anda menjadi runner kedai runcit sebelah rumah anda. Anda hanya promosi perkhidmatan anda di dalam facebook terutamanya dan berikan maklumat diri anda untuk dapatkan kepercayaan orang. Pasti ramai orang ingin menggunakan perkhidmatan anda kerana mereka tidak lagi perlu keluar ke kedai.

runner

7. Cikgu Tuisyen Online

Mahir mata pelajaran Matematik Tambahan, Sains dan Bahasa Inggeris? Jika anda mempunyai kemahiran ini, anda boleh menjadi guru tuisyen online dengan kadar upah kiraan jam. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti Zoom dan Google Classroom untuk membuat tuisyen dengan anak-anak murid anda. Begitu juga bagi anda yang mempunyai kemahiran Tajwid serta bacaan Al-Quran. Anda boleh membuat tuisyen atau mengajar online dengan menggunakan aplikasi yang sama bersama anak murid anda.

online tuisyen

8. Baiki Telefon, Televisyen Dan Komputer

Musim PKP ini kedai untuk memperbaiki peralatan ini sememangnya ditutup dan sukar untuk dapatkan perkhidmatannya. Sekiranya anda mempunyai kemahiran memperbaiki peralatan ini, anda mempunyai peluang untuk membuat duit dari rumah. Anda promosikan perkhidmatan anda seperti ambil komputer dirumah pelanggan, baiki dan hantar semula. Pasti pelanggan menyukai perkhidmatan yang memudahkan mereka.

baiki

9. Perkhidmatan Gunting Rambut

Rambut pun sudah panjang tetapi kedai gunting rambut banyak tutup. Jadi bagi anda yang mempunyai kemahiran menggunting rambut, anda boleh membuat perniagaan ini sama ada dari rumah ke rumah atau pelanggan ke rumah anda dengan had yang dibenarkan sahaja. Anda boleh hadkan pelanggan dengan bermula jam 9 pagi – 10 pagi seramai 5 orang sahaja caj sebanyak RM5 seorang. Dengan harga yang berpatutan, anda akan mendapat ramai pelanggan dan buatlah temujanji untuk hari berikutnya.

rambut

10. Menjual Mempelam Harum Manis

Jika anda orang negeri Perlis dan ibu ayah anda mempunyai kebun mempelam harum manis, inilah masanya bagi anda untuk membantu ayah atau ibu anda. Anda promosi jualan anda dan bantu mereka membuat jualan secara online. Anda petik buah, bungkus dan pos buah mempelam harum manis kepada pembeli. Anda juga boleh pelbagaikan jualan dengan membuat penghantaran buah harum manis beserta pulut untuk terus di makan. Malahan anda boleh membuat air shake mempelam harum manis dan COD bersama pulut mempelam harum manis tadi.

pulut

Penutup

Banyakkan cara untuk hasilkan duit dari rumah sepanjang PKP ini?.  Ianya sangat mudah kerana anda hanya perlu kreatif dan menukar corak cara kerja yang sebelum ini dan banyak manfaat buat anda sepanjang tempoh PKP. Anda boleh mengelakkan pembaziran berlaku dan anda boleh menjana pendapatan setiap hari. Sudah tentu pekerjaan ini boleh diteruskan lagi di masa akan datang.

Selamat mencuba.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...