Khas Buat Rakyat Johor Beli Barang Di Shopee Dapat Diskaun Sehingga RM20 Dari Kerajaan Negeri

891

Kerajaan negeri Johor telah melancarkan Jualan Makmur Johor (JMJ) khususnya kepada warganegara Johor dari golongan B40 dan M40.

Pelancaran ini dilakukan dengan kerjasama syarikat terkenal iaitu Shopee dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri serta Ehwal Pengguna Johor.

PROGRAM JUALAN MAKMUR JOHOR (JMJ)

Untuk makluman anda, program jualan JMJ ini dijalankan selama sebulan bermula November 2020 melalui platform e-dagang Shopee.

Pengguna yang menyertai JMJ akan berpeluang mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga lebih murah dan berpatutan terus dari pemborong, pengeluar dan peruncit.

Bersempena dengan JMJ, kerajaan negeri Johor juga akan menyumbang RM20 bagi setiap pembelian barangan keperluan asas minima RM60.

Bukan itu sahaja, pengguna juga akan mendapatkan promosi baucer penghantaran percuma dari Shopee.

Dengan pengunaan baucer Jualan Makmur Johor tersebut, Shopee menawarkan pembelian barang keperluan minimum RM60 dalam satu resit malah mendapat potongan sebanyak RM20 di Shopee dan menawarkan penghantaran secara percuma ke rumah anda.

Baucer tersebut akan dikreditkan kepada pembeli yang layak dari 6 November 2020 hingga 28 November 2020 di bawah “My Voucher” dan layak untuk 39,500 orang terawal sahaja.

Rakyat Johor jangan lepaskan peluang dan sila rujuk gambar dibawah untuk mendapatkan diskaun barang keperluan sehingga RM20.

Nak lebih info? Terus ke laman utama pengumuman Shopee ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...