Kadar Bantuan Kebajikan Bulanan Warga Emas Dinaikkan Sehingga RM500. Ini Cara Mengemukakan Permohonan
Belanjawan 2021 kali ini tidak meminggirkan warga emas dimana kadar bantuan yang telah selama ini diberikan kepada mereka bakal dinaikkan dan pastinya sangat bermanfaat buat warga emas. Jadi, belanjawan kali ini benar-benar menunjukkan bahawa rakyat sangat diutamakan oleh Kerajaan dan menepati teras utama Belanjawan 2021.
Untuk pengetahuan anda juga, bantuan yang disalurkan ini adalah bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan mereka dalam masyarakat serta komuniti setempat.
KADAR JUMLAH BANTUAN KEWANGAN KEPADA WARGA EMAS
Isi Kandungan
Kadar jumlah bantuan kewangan kepada warga emas sebelum ini adalah sebanyak :
- RM350 dan dinaikkan jumlahnya sebanyak RM500 sebulan.
KELAYAKAN PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS
Bantuan warga emas ini merupakan satu bentuk bantuan saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan dan kelayakan untuk permohonan ini adalah:
- Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas dan warganegara serta pemaustatin di Malaysia.
- Pemohon tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup.
- Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
- Pendapatan Isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Tidak tinggal di institusi kendalian JKM.
- Tidak tinggal di pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN WARGA EMAS
Bagi anda yang layak untuk memohon bantuan warga emas, anda hanya perlu:
- Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat atau
- Secara online melalui sistem eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Ingin mohon secara online? Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
- Layari pautan eBantuan JKM
- Klik DAFTAR PEROHONAN ATAS TALIAN dan klik DAFTAR PERMOHONAN.
- Seterusnya pilih NEGERI permohon dan masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN pemohon.
- Klik DAFTAR dan isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.
- Seterusnya isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN dan klik KEPUTUSAN.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Lengkapkan permohonan anda dengan menyediakan dokumen seperti berikut:
- Salinan fotostat Kad Pengenalan / MyKad Pemohon.
- Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Sertakan salinan alah satu Bil Utiliti (air / elektik / telefon / Astro) yang menunjukkan alamat rumah.
- Sediakan salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (Bekerja sendiri).
- Dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (Sakit / Tidak bekerja).
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Warga Emas, sila hubungi JKM di:
- Alamat :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya - Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
- Hubungi JKM : JKM NEGERI / DAERAH
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.