Ini Kadar Terkini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Yang Perlu Anda Tahu

2,881

Berikutan Belanjawan 2021 yang telah dibentang pada hari Jumaat baru-baru ini, umumnya seluruh rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Kerajaan telah menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, secara keseluruhannya pemberian BPR kali ini dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah BSH.

KADAR TERKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Oleh kerana Bantuan Sara Hidup (BSH) ditukar dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), secara automatik kadar bantuan yang diberikan oleh rakyat juga mempunyai beberapa perubahan seperti berikut:

1. ISI RUMAH BERPENDAPATAN KURANG RM2,500

  • 1 Orang anak : RM1,200
  • 2 Orang anak atau lebih : RM1,800

Ini Kadar Terkini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Yang Perlu Anda Tahu

2. ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2,501 – RM4,000

  • 1 Orang anak : RM800
  • 2 Orang anak atau lebih : RM1,200

Ini Kadar Terkini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Yang Perlu Anda Tahu

3. ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM4,001- RM5,000

  • 1 Orang anak : RM500
  • 2 Orang anak atau lebih : RM750

4. INDIVIDU BUJANG BERPENDAPATAN KURANG RM2,500

  • 21 Tahun ke atas : RM350

Ini Kadar Terkini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Yang Perlu Anda Tahu

5. BANTUAN KANAK-KANAK KELUARGA MISKIN

  • Anak berumur 6 tahun & ke bawah : RM200 seorang
  • Anak berumur 7-18 tahun : RM150 seorang

CARA MOHON BANTUAN BPR

Untuk membuat permohonan, anda hanya perlu:

  • Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/
  • Isikan maklumat yang diperlukan secara online ATAU
  • Download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN yang terdekat dengan anda ATAU
  • Hadir ke Pejabat Cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan UTC LHDN bersama borang permohonan yang telah diisi.

Terdapat banyak perbezaan bantuan berbanding bantuan sebelum ini kerana pemberian ini sangat dinantikan golongan B40 kerana golongan ini antara yang terjejas teruk sejak Mac lalu akibat kehilangan punca pendapatan.

Ia juga memberikan manfaat yang besar kepada golongan ini dan meningkatkan pendapatan boleh guna yang akan dialirkan semula kepada ekonomi negara.

Juga diharapkan bantuan yang diberikan ini diguna dengan sebaiknya oleh penerima dan tidak dibazirkan dengan perkara yang tidak sepatutnya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...